KOTA KINABALU — Gereja Mary Immaculate (CMI) di Bukit Padang di sini telah ditutup sehingga 18 Ogos lepas setelah salah seorang anggota paroki didapati positif COVID-19.
Pastor paroki, Paderi Paul Lo, berkata beliau telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa seorang anggota paroki yang menghadiri Misa Inggeris Pagi pada 19 dan 26 Julai lalu telah didapati positif bagi koronavirus itu.
“Walaupun menurut Kementerian Kesihatan, kami tidak diwajibkan untuk tutup, kami telah memutuskan untuk menggantung Misa (di gereja) selama dua minggu dari 5 hingga 18 Ogos untuk mensanitasi premis kami dan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Paderi Lo menjelaskan Kementerian Kesihatan berkata gerejanya dapat meneruskan ibadat jika ia mahu kerana ia didapati telah mematuhi peraturan dengan ketat.
“Tetapi saya rasa ia adalah lebih baik bagi kita untuk menghentikan Misa (di gereja) selama dua minggu, sehigga 18 Ogos,” katanya.
Beliau berkata keputusan itu telah dibuat oleh gereja terbabit.
Paderi Lo berkata senarai nama kira-kira 250 jemaat yang menghadiri kedua-dua Misa sudah diserahkan kepada pihak berkuasa kesihatan.
Malay Mail (Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Catholic church in Sabah closes doors for two weeks after one parishioner contracts Covid-19