Pelaburan yang tepat pada waktunya bagi keharmonian agama

Uskup Agung Simon Poh

Oleh Tania Lam

KUCHING Dengan sumbangan langsung dari Unit Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada keharmonian agama termasuk menyediakan bantuan kewangan kepada pelbagai rumah ibadat, Uskup Agung Roman Katolik Kuching, Most Reverend Simon Poh, percaya bahawa ia sesungguhnya adalah keputusan yang tepat pada waktunya bagi keajaan negeri untuk melabur dalam sebuah bangunan yang tetap bagi UNIFOR.

“Kompleks UNIFOR ini akan menjadi lambang komitmen tetap kerajaan negeri kepada kebebasan agama, keharmonian kaum, selain sikap saling menerima dan menghormati semua agama satu sama lain di Sarawak,” katanya kepada akhbar New Sarawak Tribune baru-baru ini.

Beliau memberitahu, ketika UNIFOR baharu ditubuhkan sebagai sebuah unit dalam Jabatan Ketua Menteri pada 2017, mesyuaratnya diadakan di sebuah pejabat yang turut digunakan oleh sebuah lagi jabatan kerajaan di Bangunan Baitul Makmur. 

Malah sekarang juga, katanya, pejabat UNIFOR terletak di sebuah premis yang disewa di Wisma Satok.

Beliau percaya, apabila Kompleks UNIFOR siap nanti, ia akan meningkatkan lagi usaha unit itu dengan penganjuran acara-acara antara agama untuk membina keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Sarawak.

“Bersama Pusat Maklumat Islam yang dibina oleh kerajaan negeri, ia sesungguhnya wajar bahawa di sepanjang jalan yang sama (Jalan Ong Tiang Swee), Kompleks UNIFOR akan juga dibina oleh kerajaan negeri untuk memanfaatkan semua agama lain di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, selaku pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Uskup Agung Simon Poh berkata selepas beberapa tahun bekerja bersama dalam beberapa perkara umum menerusi mesyuarat UNIFOR, beliau mendapati bahawa persahabatan, kepercayaan dan perhubungan kini semakin mendalam di kalangan para pemimpin pelbagai agama.

Beliau berkata di mesyuarat yang diadakan oleh UNIFOR, perkara dan isu yang ada kiatn dengan semua rumah ibadat bukan Muslim, tanah untuk gereja, tokong dan kuil, tapak pengebumian dan tanah perkuburan telah sama-sama dibincangkan oleh para pemimpin pelbagai agama.

“Baru-baru ini, kerjasama ini juga telah membolehkan kita untuk sama-sama bertindak bagi membendung COVID-19. Kami dapat merangka dasar yang sama dan prosedur operasi standard (SOP) bagi keselamatan untuk dipatuhi, selain rangka waktu yang sama untuk bersiap sedia bagi pembukaan semula rumah ibadat masing-masing bagi perhimpunan keagamaan,” katanya. 

Beliau berkata di seluruh negara, hanya kerajaan Sarawak sahaja telah menubuhkan UNIFOR, di mana suara pelbagai agama bukan Islam dapat disalurkan kepada Pejabat Ketua Menteri. 

Uskup Agung Poh berkata Sarawak sudah pun diterima ramai sebagai contoh keharmonian di Malaysia.

“Semoga Kompleks UNIFOR ini benar-benar menjadi simbol keinginan dan komitmen kita kepada keharmonian kaum dan agama. Sebagai anak-anak Sarawak, semoga kita diberkati sekarang dan terutamanya demi generasi akan datang,” katanya.

NewSarawakTribune (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Timely investment for religious harmony

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.