Gereja St Mark: Menghadiri Misa di bawah “Norma Baharu”

NORMA BAHARU: Penjarakan sosial antara satu sama lain sepanjang Misa. (Foto: Johnny Kon)

Oleh Johnny Kon

BATU KAWA — Gereja St Mark di Batu Kawa sudah dibuka kepada jemaat dengan kehadiran maksimum hanya 100 orang sahaja bagi setiap Misa.

Jemaat paroki dapat memilih untuk menghadiri Misa Senja pada jam 6.00 petang (Inggeris), Misa Hari Minggu pada jam 9.00 pagi (BM) atau 5.00 petang (Mandarin).

Pada 11 Julai, gereja merayakan Misa Senja kedua selepas ia dibuka semula di mana setiap jemaat diwajibkan memakai pelitup muka apabila mereka tiba, dan suhu badan mereka diambil.

Selepas pendaftaran, peserta kemudian memasuki gereja dengan mengikuti tanda panah di atas lantai, dan dibimbing oleh warden gereja ke tempat duduk mereka. Peserta mesti berada di tempat duduk mereka sehingga Misa tamat.

Pada waktu menerima Komuni Kudus, warden gereja turut membimbing jemaat menurut SOP baharu. (Foto: Johnny Kon)

Pada waktu menerima Komuni Kudus, warden gereja turut membimbing jemaat menurut SOP baharu. Durasi Misa memakan masa antara 40-50 minit kerana perarakan, nyanyian lagu rohani dan sedekah Hari Minggu tidak dijalankan.

Walaupun gereja membenarkan 100 jemaat, ia hanya menyaksikan 65 jemaat yang mendaftar dalam talian dengan pasukan perkhidmatan pada hari itu. Disebabkan oleh jumlah jemaat yang tidak ramai, gereja sekarang turut membenarkan pendaftaran terbuka dengan pendekatan dulu tiba, dulu masuk. Sehingga jumlah mencapai maksimum 100 jemaat.

Mereka yang ingin menghadiri Misa pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menempah tempat duduk di dalam gereja. Selepas 100 tempat duduk diisi, pendaftaran dalam talian akan ditutup untuk Misa berkenaan.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: St Mark’s Church: Going to Mass under the “New Normal”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.