KUCHING — Pada Sabtu, 23 Mei 2020, perkumpulan Biarawati Carmel berhimpun di Bilik Persidangan Biara Carmel untuk pemilihan Mother Prioress dan tiga orang Kaunselor mereka. Uskup Agung Simon Poh mempengerusikan pemilihan, dibantu oleh dua orang scrutator yang dipilih daripada kalangan biarawati.
Sebelum permulaan pemilihan, seluruh komuniti berhimpun di hadapan Sakraman Maha Kudus dan Veni Creator Spiritus (Datang Roh Kudus) dinyanyikan untuk memohon bimbingan Roh Kudus. Ini disusuli eksposisi Sakramen Maha Kudus, iaitu doa senyap dan benediksi selama sejam.
Seramai 11 biarawati Persidangan membuat undian secara sulit. Apabila Prioress baharu dipilih, seluruh komuniti dipanggil ke Koir (oratori) untuk menyaksikan pengesahan Prioress baharu oleh Uskup Agung.
Seterusnya, semua biarawati menyanyikan lagu Te Deum untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah, dan maju ke depan satu per satu kepada Prioress baharu untuk menjanjikan ketaatan mereka dengan satu pelukan dan mencium skapular.
Pemilihan Prioress dan Kaunselor diadakan sekali setiap tiga tahun. Menurut Perlembagaan persidangan biarawati, Mother Prioress merupakan ketua utama manakala tugas Kaunselor adalah untuk membantunya dalam semangat perpaduan.
Walaupun diamanahkan kepada penjagaan Uskup Agung, dan tertakluk kepadanya dalam segalanya yang ada kaitan dengan ajaran Gereja, Persidangan Biarawati Carmel mengekalkan autonomi mereka dalam perkara yang melibatkan urus tadbir dalaman dan kehidupan komuniti mereka.
Di bawah adalah pemegang jawatan baharu bagi tempoh tiga tahun akan datang:
Mother Prioress: Sr Jovita of Jesus, Mary and Joseph
Kaunselor Pertama: Sr Margaret of St Joseph
Kaunselor Kedua: Sr Marie Evelyn of the Mother of Sorrows
Kaunselor Ketiga: Sr Dominica of the Blessed Trinity
Biarawati Carmel Kuching (Order of Discalced Carmelites/OCD)(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Elections for new Prioress and Councilors for Carmelite Nuns