Penyembuhan berlaku sewaktu Komuni Kudus

SEMBUHLAH … Uskup Agung Simon Poh memberkati bandar raya Kuching dari tempat letak kereta Katedral St Joseph selepas Misa Korpus Kristi (Tubuh Dan Darah Kristus). (Foto: Sumbangan)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Hari Raya Tubuh dan Darah Kristus atau Hari Minggu Korpus Kristi diraikan di seluruh dunia pada 14 Jun. ‘Korpus Kristi’ adalah bahasa Latin bagi ‘Tubuh Kristus’ dan dirayakan sebagai peringatan bagi kasih korban Kristus dan hadirat sebenar dalam Ekaristi.

Dalam keadaan sekarang (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), orang Kristian menyertai sembahyang Misa dalam talian. Semasa siaran secara langsung dari Katedral St Joseph, Kuching, ia agak sayu untuk mendengar pemimpin Misa, Uskup Agung Simon Poh, memberi jaminan kepada jemaat bahawa mereka masih dapat menerima berkat Tuhan menerusi kepercayaan mereka kepada hadirat sebenar Yesus apabila mereka membuat Komuni Rohani.

“Fokus kepada roti yang dikonsekrasi dalam monstrans dan beritahu Yesus tentang keperluan anda,” katanya.

Dalam homili beliau, Uskup Agung Simon bercakap mengenai kuasa penyembuhan menerusi Sakramen Maha Kudus. Beliau memberitahu bahawa beliau memahami kesedaran komuniti Kristian yang dinafikan secara fizikal untuk pergi ke gereja dan menerima Komuni Kudus sejak tiga bulan lalu. Beliau berjanji untuk merayu kepada Tuhan bagi mereka.

Misa berakhir dengan Eksposisi dan Adorasi Sakramen Maha Kudus yang singkat. Seterusnya Uskup Agung Simon membawa Sakramen Maha Kudus dalam monstrans dalam perarakan ke tempat letak kereta untuk meminta Yesus memberkati bandar raya Kuching dan keluarga-keluarga kita, berbeza sama sekali daripada perarakan jalanan besar-besaran pada masa lalu.

Kesaksian yang diterima selepas Misa Korpus Kristi yang distrim secara langsung

Sekali lagi Uskup Agung menyampaikan khutbah yang berkuasa dan menyentuh bukan sahaja hati saya tetapi juga jiwa saya. Khutbah Korpus Kristi yang paling menyentuh hati pernah saya dengar. Saya berdoa agar ramai, seperti saya, dapat memberi inspirasi seperti beliau.

Saya menitiskan air mata sewaktu perarakan. Air mata saya mengalir seperti hujan.

Air mata saya mula menitis apabila saya melihat Uskup Agung membawa Sakramen Maha Kudus dalam monstrans pada permulaan perarakan.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: There is healing during Holy Communion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.