BUNAN GEGA — Pada 14 Mac lalu, kira-kira 80 orang penziarah dari Kuching telah pergi ke Pusat Ziarah Getsemani Bunan untuk retreat setengah hari dan mengeratkan persaudaraan. Retreat itu dianjurkan oleh Legio Maria, Komitium Kuching.
Legionari muda terbabit bergilir-gilir memimpin ibadat Jalan Salib diiringi legionari dewasa. Retreat berakhir dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Paderi Nicholas Ng selaku Pengarah Rohani Komitium Kuching.
Dalam homili beliau, Paderi Nicholas menggesa legionari yang ada untuk memupuk sikap syukur dan baik hati kepada ibu bapa dan adik beradik mereka.
Retreat itu ternyata bermakna bagi para peserta yang memperbaharui semangat persaudaraan di kalangan mereka pada waktu makan tengah hari.
Legio Maria, Komitium Kuching (Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Junior legionaries gather for Lenten retreat