Uskup Agung Simon Poh mohon sumbangan dana kepada Catholic Welfare Services

Uskup Agung Simon Poh mengendalikan Misa Ahad Palma (2019) di gereja St Joseph. Di sebelah kanannya ialah Uskup Agung Emeritus John Ha.

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Uskup Agung Kuching Simon Poh, dalam homili beliau pada Ahad Palma, menyeru kepada semua orang untuk mematuhi arahan kerajaan agar “duduk di rumah”.

Walaupun beliau gembira untuk merayakan ketiga-tiga Misa dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia, ia “menghancurkan hati saya”, katanya, apabila beliau melihat “deretan demi deretan tempat duduk yang kosong”. Misa tersebut telah disiarkan secara langsung dari Katedral St Joseph, Gereja Ibunda Keuskupan Agung.

Ahad Palma menandakan permulaan Minggu Kudus, tempoh liturgi paling suci dalam kalendar Kristian. Ini adalah waktu jemaat berpusu-pusu ke gereja di seluruh dunia untuk memperingati semula hari-hari terakhir Kristus, bermula dengan kemasukan Yesus yang menang dalam Yerusalem, Perjamuan Terakhir, Penyaliban di atas Salib, dan menunggu untuk KebangkitanNya pada Malam Paska.

Uskup Agung Simon berkata, “Buat pertama kali dalam pengalaman kita, saya menyedari Minggu Kudus akan dirayakan tanpa kongregasi di banyak bangunan gereja yang kosong. Ramai orang Kristian amat rindu sekali untuk datang ke Gereja dan beribadat pada Minggu Paling Kudus ini.

“Saya mendapat galakan yang begitu hebat apabila saya ingat bahawa semua anggota paroki adalah batu-batu hidup yang sedang dibina menjadi rumah rohani – Gereja (cf 1 Petrus 2:5). Kita ADALAH Gereja – murid-murid Tuhan dalam Komuni bagi Misi! Ia bukanlah bangunan tetapi apabila semua kita bersatu hati dan semangat, kita disatukan sebagai satu masyarakat Kristian yang percaya. Sesungguhnya, kita ADALAH Gereja.”

Beliau mencadangkan agar setiap keluarga meletakkan daun palma di luar pintu atau tingkap kita untuk menandakan Ahad Palma, kerana tradisi lazim untuk memberkati palma tidak dapat dilakukan pada tahun ini.

“Apabila keluarga bersatu dalam komuni sebagai satu tubuh Kristus, Gereja, dari rumah kita masing-masing, marilah kita menjadikan MInggu Kudus ini minggu doa tatkala kita memohon campur tangan Allah dalam pandemik COVID-19 dan terutamanya belas kasihan dan penyembuhan bagi tanah air kita Sarawak, negara kita Malaysia dan bagi semua negara di seluruh dunia,” tambahnya.

Pada waktu yang begitu mencabar, Uskup Agung juga telah merasai beban untuk membuat keputusan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan untuk menutup semua gereja, terutamanya pada Minggu Kudus. Ini menyumbang kepada “kekosongan rohani yang besar selain pengorbanan yang telah dibuat oleh orang Kristian di Sarawak dan di seluruh Malaysia demi kebaikan umum negara kita Malaysia dan terutamanya di Sarawak yang umumnya adalah Kristian,” katanya, yang merujuk kepada usaha mereka melawan pandemik COVID-19.

Oleh kerana Gereja tidak disokong oleh kerajaan negeri, menutup gereja juga bermakna tabung kewangan Gereja serta Catholic Welfare Services yang mentadbir pusat warga emas ome of Peace di Jalan Landeh untuk mereka yang tidak ada tempat tinggal, dan Persatuan St Vincent de Paul yang memberi bantuan bulanan kepada keluarga miskin yang layak, akan mengalami defisit kewangan tanpa sumbangan derma dari jemaat Gereja pada Musim Lent selama 40 hari.

Uskup Agung Simon meratapi beban kewangan yang yang disebabkan oleh PKPO ke atas ramai orang, terutamanya pencari nafkah yang menerima gaji harian, dan mereka yang hilang pekerjaan disebabkan oleh PKP. Paroki yang lebih kecil akan merasai kesan daripada defisit kewangan ini berbanding paroki lain.

Maka itu, beliau merayu kepada semua yang dapat membantu untuk mengurangkan beban kewangan Gereja dengan membuat derma menerusi aplikasi Sarawak Pay untuk Derma Misa Dalam Talian, atau pindah terus kepada akaun Keuskupan Agung. Ini seterusnya akan disalurkan ke paroki yang berhak dan organisasi yang diurus oleh Gereja.

Duduk di rumah. Jaga keselamatan diri. Duduk di rumah dan berdoa.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Archbishop Simon Poh makes plea to top-up Catholic Welfare Services fund

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.