BINTAWA — Ia ternyata hari yang tidak akan dilupakan oleh jemaat paroki Gereja ‘Our Lady Star of the Sea’ apabila rektor mereka, Fr Vincent Chin, yang fasih berbahasa Iban, merayakan Misa Iban pertama mereka di gereja tersebut pada Ahad 23 Februari lalu.
Seramai 390 anggota paroki menghadiri Misa yang bermula jam 10.30 pagi itu.
Bermula dari hari itu, Misa dalam bahasa Iban akan diadakan pada Ahad keempat setiap bulan. Misa lain pada hujung minggu akan dirayakan dalam Bahasa Malaysia.
Selepas Misa, jemaat menikmati pelbagai juadah tempatan yang dibawa oleh jemaat paroki dalam semangat persaudaraan dan perkongsian.
Majlis Paroki St Peter (Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: First Iban Mass for Our Lady Star of the Sea Church