Oleh Shannon Wei
KUCHING — Forum tahunan bagi pelbagai agama di Pusat Maklumat Islam (IIC) menyaksikan panel wakil jemputan dari pelbagai agama di Kuching berkumpul untuk membincangkan persamaan di bawah satu tema umum: ‘Keamanan, Kasih dan Iman: Batu Penjuru bagi Masyarakat yang Harmoni’.
Father Felix Au, dari Gereja Roman Katolik, menghadiri forum tersebut pada 14 Februari lalu untuk menyampaikan perspektif Kristian, bersama Uskup Agung Kuching Simon Poh yang melakukan penampilan sebagai tetamu pada pagi itu.
Beliau menyentuh tentang kepentingan mengasihi Allah dan juga sesama manusia untuk menghasilkan “buah kasih” iaitu keamanan.
“Mengasihi Allah adalah yang utama dan paling besar di antara semua-semua suruhan,” kata Fr Felix.
“Sementara ia menekankan keutamaan – kepentingan mengasihi Allah – ekspresi amali bagi mengasihi Allah berkait rapat dengan suruhan besar yang satu lagi – untuk mengasihi sesama seperti diri sendiri.”
Fr Felix turut merujuk kepada perumpamaan mengenai Orang Samaria Yang Baik untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam Malaysia, dan bersikap terbuka, rendah hati dan menghormati saudara-saudari kita untuk menghasilkan buah tersebut.
“Matlamat kita dalam dialog keagamaan tidak seharusnya untuk memenangi hujah atau mendapatkan penganut baharu tetapi untuk sampai kepada keamanan, persefahaman dan sikap yang lebih menghormati satu sama lain.”
Wakil agama Tao Desmond Tan turut menyampaikan ceramah mengenai kepentingan mewujudkan keharmonian dengan alam semulajadi, manakala Gurdial Singh, yang mewakili agama Sikh, memberitahu bahawa mengaktifkan kasih di dalam diri kita dan memiliki kasih bagi Allah adalah kunci-kunci kepada usaha mencapai keamanan.
Forum ini, yang diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, turut mengetengahkan pandangan dari wakil-wakil agama Baha’i, Chin Chia Chua, dan wakil agama Islam, Wan Muhammad Mujahid Bin Wan Alwi.
Moderator acara tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Puan Hajah Zabariah Binti Haji Matali.
Forum pada tahun ini diadakan yang ke-12 diadakan sejak 12 tahun lalu dengan matlamat untuk membincangkan isu-isu semasa dan kebimbangan di kalangan pelbagai kumpulan keagamaan.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: The Cornerstone of a Harmonious Society