Pemberkatan Asrama Pelajar & Bilik Sembahyang baharu Sekolah Antarabangsa St Joseph

Fr Vincent Chin menaburkan air suci untuk memberkati bilik sembahyang. (Foto: Sheryl Lee)

Oleh Sheryl Lee

KUCHING Pada 16 Januari lalu, asrama dan bilik sembahyang baharu Sekolah Antarabangsa St Joseph telah diberkat oleh Father Vincent Chin.

Pemberkatan itu disaksikan oleh Christopher Chua, Ketua Pegawai Eksekutif St Joseph’s Family of Schools, Brother Robert Teoh, FMS, pengetua sekolah antarabangsa tersebut, dan Father Francis Lim, SJ, pengetua sekolah menengahnya.

Acara turut dihadiri Mildred Jong, guru besar sekolah rendahnya, Gerald Lee, mantan penasihat Family of Schools, Brother Dominador A. Santiago (Ador), FMS, ketua provinsi perkumpulan Marist Brothers di Asia Timur, penyumbang, pelajar dan kakitangan Sekolah Antarabangsa St Joseph.

Bilik sembahyang berkenaan, dahulu sebuah bilik kelas, telah diubahsuai untuk menjadi bilik dengan suasana yang sesuai untuk berdoa.

Ia akan digunakan untuk kelas pengajian agama atau aktiviti kurikulum tambahan seperti Legio Maria.

Bagi asrama sekolah pula, kumpulan penduduk asrama yang pertama memasuki asrama tersebut pada 3 Februari lalu. Ia disediakan untuk pelajar-pelajar lelaki mahupun perempuan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat sekolah di talian 082-411575 / 550575 dan bercakap sendiri dengan pengetua sekolah Bro. Robert.

Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penyumbang bagi kerja mengubahsuai bilik sembahyang dan asrama sekolah tersebut.

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: Fr Vincent Chin blesses new prayer room and student hostel at St Joseph’s International School

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.