Majlis Pelancaran Rosari Blok Keluarga Ratu Kasih di Taman Malihah Fasa ll

Foto Kumpulan Rosary Blok baharu (QOC) dengan Fr Larry Tan SJ (baju kuning). (Foto: Matthew Dangus)

Oleh Matthew Mark Dangus

KUCHING Sebuah Rosary Blok baharu telah dilahirkan daripada Rosari Blok Keluarga (FBR) ‘Vessel of Honour’, kumpulan 3, dan dinamakan ‘Queen Of Charity’ (QOC) atau Ratu Kasih.

Anggota-anggotanya sebulat suara memilih Francis Ripin untuk menjadi Pengerusi dan Hardy Tan La Kia sebagai timbalan bagi FBR baharu itu.

Acara itu dihadiri orang ramai yang terdiri daripada anggota keluarga Ratu Kasih, rakan-rakan dan pasangan mereka.

Ia bertujuan untuk memupuk persaudaraan di kalangan anggota jemaat selain dengan anggota dari rosari blok keluarga lain dalam zon 10, Malihah. 

Doa rosari dipimpin oleh Rose Pudong yang dibantu oleh Hardy.

Pengerusi baharu mengalu-alukan semua hadirin terutamanya Fr Larry Tan SJ, paderi paroki Katedral St Joseph, Stephen Geri dan Anthony Digo, ahli-ahli jawatankuasa pusat FBR, Joe Junit, Pengerusi FBR Ratu Rasul (QOAP), Cyril Ardon, Pengerusi FBR Ratu Malaikat (QOA), Edward Jalip, Pengerusi FBR ‘Vessel Of Honour, dan pembantu penyelaras zon 11 Malihah, Petrus Eli.

Dalam ucapan beliau yang ringkas, Francis sebagai pengerusi baharu FBR Ratu Kasih merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur, berkata, “Saya memohon restu anda untuk mencari jalan terbaik bagi kiita untuk bersatu demi komuniti kita terutamanya zon 10, Malihah.”

FBR Vessel of Honour ditubuhkan 24 tahun lalu oleh sekumpulan kecil keluarga Katolik. Pada hari ini, ia sudah berkembang kepada kira-kira 250 keluarga. Pusat tersebut diberkati dan dilancarkan oleh Uskup Agung Emeritus Peter Chung.

Stephen Geri, yang bercakap mewakili jawatankuasa pusat FBR, memuji jumlah yang pesat berkembang dalam zon 10 Malihah.

Maka itu, katanya, peranan belia adalah signifikan dan sangat berpengaruh untuk menggerakkan dan membentuk hala tuju dan masa depan dunia Kristian.

Beliau yakin dan selesa untuk menggabungkan kepercayaan dengan kemodenan, tanpa perlu membuang nilai-nilai tradisional dengan mudah dan tanpa terlebih dahulu mengesahkan fakta dan data untuk membuktikan kerelevanannya dalam dunia pada hari ini.

Mereka memainkan peranan duta-duta Kristian, yang menyampaikan mesej kesederhanaan, melihat dunia sebagai pentas bagi pertemuan budaya dan bukan pertembungan budaya, dan mentafsir kepelbagaian budaya sebagai satu kecantikan yang melambangkan kekayaan ciptaan dan keagungan Allah, kata beliau.

Keagungan komuniti pada masa depan bergantung kepada kejayaan yang dicapai oleh belia Katolik dan warga negara ini. Mereka akan menjadi ejen perubahan, yang berusaha sedaya upaya, dengan azam untuk menerokai ufuk baharu dan kekal kuat dalam kepercayaan mereka.

Dalam ucapan beliau yang singkat, Fr Larry berkata matlamat adalah untuk memupuk keamanan dan keharmonian di kalangan orang ramai supaya masyarakat kita tidak akan mengalami banyak pertikaian.

Beliau menekankan tentang kepentingan ajaran rohani, hak untuk percaya kepada Allah dan juga prinsip utama yang amnya, semua agama menjangkakan umat manusia bersikap baik dengan satu sama lain.

Ia adalah penting bagi kita untuk tidak dipengaruhi perkara negatif, sama ada dari dalam mahupun luar. Keamanan adalah untuk semua orang yang berniat baik, dari semua lapisan masyarakat, kaum atau kepercayaan – untuk bekerja sama seiring sejalan demi kebaikan umum semua orang.

Hadiah telah disampaikan kepada Fr Larry dan acara memotong kek melancarkan FBR baharu itu.

Hadirin disajikan dengan hidangan makanan tempatan dan barat, sebahagiannya dibawa oleh anggota paroki dalam semangat memberi dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka.

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: New Family Bloc Rosary for Taman Malihah Phase ll

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.