Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2020 di Paroki St Peter

Parishioners at the CNY Open House after Mass. (Foto: Shenton Chai)

KUCHING — 2020 merupakan Tahun Tikus menurut zodiak Cina. Ini adalah Tahun Tikus Logam, bermula dari Tahun Baharu Cina 2020 pada 25 Januari sehingga Ambang Tahun Baharu Cina 2021 pada 11 Februari.

Tikus merupakan kitaran pertama daripada kitaran haiwan zodiak selama 12 tahun.

Gereja St Peter, Padungan menyaksikan lautan merah apabila jemaat menghadiri Misa Tahun Baharu Cina pada 25 Januari dalam pakaian merah terbaik mereka.    

Fr Leonard Yap dan Naib Pengerusi Majlis Paroki Matthew Eden membahagikan ‘ang pau’ kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah pada hujung Misa.

Fr Leonard kemudian menerima lebih 600 orang tetamu di Pusat Paroki dengan menyalakan mercun dan menyaksikan persembahan rombongan penari singa.

Tetamu kemudian menikmati kek dan hidangan tempatan yang ditaja oleh jemaat yang murah hati sebelum mereka pulang untuk menyambut Tahun Baharu.

Acara dianjurkan oleh Ladies Guild Paroki St Peter.

Majlis Paroki St Peter (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: St Peter’s Parish holds CNY Open House

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.