KUCHING — Di bawah bimbingan Uskup Agung Simon Poh, Komisi Kehidupan Keluarga Kristian telah menganjurkan seminar sehari di Bilik St Mary, ACCPC pada 2 November lalu untuk menyemak semula kursus-kursus Pra-Perkahwinan di Keuskupan Agung ini.
Seramai 48 pembentang dan fasilitator kursus yang lama dan baharu telah mengambil bahagian.
Dalam ucaptamanya, Uskup Agung Simon menyebut tentang kesucian perkahwinan Katolik yang tidak dapat dibubarkan. Seluruh kehidupan adalah suci. Pengguguran tidak harus diamalkan dan keluarga seharusnya ada lebih ramai anak supaya tugasan untuk menjaga ibu bapa yang semakin tua dapat menjadi lebih ringan kerana bebanan sama-sama dipikul oleh anak-anak.
Oleh kerana kewangan adalah isu besar, golongan milenial (mereka yang lahir antara 1981-1996) berkahwin lewat dan melahirkan tidak ramai anak. Uskup Agung meminta peserta merangka satu kursus yang paling sesuai untuk pasangan suami isteri supaya mereka memiliki keluarga yang diberkati seterusnya menjadi keberkatan kepada Gereja.
Dalam pembentangannya, Pengerusi Komisi, Peter Wong menunjukkan statistik kadar perkahwinan dan perceraian di rantau dan negara kita, di Sarawak, dan dalam keuskupan agung kita.
Jumlah perceraian dan perpisahan umumnya semakin meningkat. Punca utama yang disebut adalah berbeza di antara wilayah, negara dan negeri.
Punca umum yang dikenal pasti adalah kurang berkomunikasi, perzinaan dan masalah kewangan. Dia juga mengingatkan peserta dan ibu bapa bahawa persiapan perkahwinan harus bermula di rumah, diteruskan di sekolah dan akhirnya di Kursus Pra-Perkahwinan sebelum perkahwinan.
Anthonius Sindang, selaku Setiausaha Komisi, memberi laporan yang sangat terperinci mengenai topik-topik yang ada dalam Kursus Pra-Perkahwinan yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di keuskupan agung ini.
Beliau juga mengetengahkan kepentingan metodologi pengajaran, kemahiran penyampaian dan pembentangan fasilitator untuk membahagikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan berkesan kepada peserta supaya memerolehi sikap yang betul mengenai perkahwinan.
Selepas makan tengah hari, seminar ini dibahagikan kepada enam kumpulan perbincangan untuk pertimbangan selama sejam sebelum mereka kembali dalam membuat laporan. Disenaraikan di bawah adalah beberapa pemerhatian dan saranan mereka:
- Peratusan tinggi yang mengejutkan bagi seks luar nikah di kalangan peserta Kursus Pra-Perkahwinan.
- Kursus ini seharusnya aliran daripada “asas untuk mengasihi Tuhan” kepada “peranan keluarga Kristian” sebelum mereka mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
- Untuk memasukkan maklum balas daripada tiga bab pertama daripada Teologi Badan dan Seruan kepada Kasih.
- Untuk menangani dengan berhati-hati isu-isu kewangan dan ketagihan digital.
- Cadangan bagi sejenis pemeriksan pada hujung Kursus Pra-Perkahwinan untuk memastikan peserta mengambil bahagian sepenuhnya dan menjalani program dengan serius.
Sebagai kesimpulan, pendapat umum peserta mengenai topik-topik penting, dalam urutan keutamaan, adalah:-
- Tuhan dan perkahwinan dan komitmen
- Kewangan dalam rumahtangga
- Komunikasi dan menyelesaikan konflik
- Mengenali diri dan pasangan
- Perancangan keluarga semulajadi
- Peranan suami dan isteri
- Keibubapaan
- Seksualiti Kristian
- Perayaan, Liturgi dan Sakramen
- Moraliti
Oleh Komisi Kehidupan Keluarga Kristian (Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Preparing Catholics for a good marriage