Oleh Marcella Eva Menchon
BETONG — Perayaan Keluarga Kudus disambut dengan kegembiraan dan kasih sayang di kalangan jemaat Gereja Katolik Keluarga Kudus, Betong. Perayaan juga diadakan sempena ulang tahun ke-10 gereja tersebut.
Acara bermula dengan pameran makanan amal pada 28 Disember 2019 (Sabtu) dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang di perkarangan gereja. Di antara hadirin adalah Rektor Paroki, Rev. Father Augustine Jepy bersama Pengerusi Majlis Paroki Gereja Our Lady Queen of Peace Sri Aman, John Costello.
Sebanyak 11 buah gerai yang menjual makanan, minuman, sayur-sayuran, sajian tempatan selain barangan keagamaan telah dibuka pada hari itu.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti penajaan lagu, suara emas, persembahan tarian Krismas dan cabutan bertuah.
Beberapa pemenang cabutan bertuah membawa pulang hadiah yang menakjubkan seperti motosikal Modenas Kriss 110 Euro3, televisyen LG 43”, mesin basuh automatik Panasonic dan banyak lagi.
Misa Kesyukuran yang diadakan pada 29 Disember 2019 (Ahad) merupakan acara terakhir bagi sambutan itu, yang dipimpin oleh Rev Father Adrian Kho.
Dalam Misa, jemaat menyaksikan penyampaian hadiah perpisahan kepada Fr Adrian yang akan bertugas di tempat baharu.
Sebelum Misa berakhir, Fr Adrian memberi pesan yang bermakna dan memberi inspirasi kepada jemaat, di mana beliau menggalakkan jemaat Katolik di Betong untuk bersatu dalam satu tubuh Kristus dalam semua bentuk pelayanan.
Brian Leonusia sebagai penyelaras Perayaan Keluarga Kudus, menyuarakan rasa yang akat bersyukur di atas sumbangan, tenaga, masa dan doa kepada semua mereka yang terlibat dalam usaha menjayakan sambuyan itu.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Holy Family Catholic Church celebrates feast day in conjunction with 10th Anniversary celebrations