Katekis terima Sijil Penghargaan pada Hari Minggu Kateketikal

BFFC Chairman, John Wong (left) receiving the Certificates of Appreciation from Fr Felix Au (right). (Photo: Carol Francis)
Fr Felix Au menawarkan sijil penghargaan kepada John Wong, pengerusi BFFC.

Oleh Ivy Chai 

KUCHING — Pada tahun ini, Hari Minggu Kateketikal disambut pada 19 Januari lepas dengan tema ‘Cari, Kenali, Kongsi Kristus’. Pada asasnya, ini bermakna kita mesti sentiasa mencari Yesus Kristus, membina hubungan yang intim dan kemudian berkongsi Kristus, terutamanya dengan mereka yang belum lagi mengenaliNya, tetapi mungkin mempunyai keinginan untuk berbuat demikian.

Bagi tahun 2020, formator kepercayaan di Gereja Blessed Sacrament ingin menggalakkan anggota paroki untuk lebih melibatkan diri secara aktif. Klip video pendek bagi aktiviti Sekolah Minggu, baik pada masa lalu mahupun sekarang, telah ditayangkan sebelum Misa Inggeris bermula.

Father Felix Au, ketika mentauliahkan Katekis-katekis yang merupakan pembantu dan fasilitator Sekolah Minggu, RCIA dan Liturgi Kanak-kanak, pada waktu yang sama menjemput pelajar dan calon RCIA, ibu bapa dan seluruh jemaat untuk turut membuat komitmen kepada katekesis.

Fasilitator kepercayaan, baik pada masa lalu dan sekarang, yang telah berkhidmat selama 10 tahun ataupun lebih, telah disampaikan dengan Sijil Penghargaan. John Wong, selaku Pengerusi BFFC, menerima sijil-sijil bagi pihak mereka daripada Fr Felix.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Catechists receive Certificates of Appreciation on Catechetical Sunday

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.