Oleh Helena anak Jito
KOTA PADAWAN — Bengkel Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gereja St Ann di sini pada 15 Mac lalu.
Ia dianjurkan oleh pelayanan Komisi Misi dan Pembangunan Manusia (CMHD) untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki jati diri yang kukuh, berintegriti dan berakhlak mulia.
Seramai 43 peserta berumur 15 hingga 18 tahun menghadiri bengkel ini dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Ia berjaya diadakan dengan kerjasama dua penceramah, iaitu Profesor Madya Dr Patricia Nora Riget dan Cikgu Helena Jito.
Bengkel ini diharapkan dapat memupuk kecemerlangan pada diri peserta dari segi akademik, peribadi dan rohani.