Program Doa Rosari Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian di Bunan Gega

Guru-guru katolik serta keluarga yang mengikuti Program Doa Rosari di Taman Gethsemane.

Oleh Imelda Nyaun

Penyerahan token kepada Fr Prince Carneelyes Arokiam, CMF oleh Pengerusi Persatuan Guru Katolik Serian, Nixtion Oscar Raymond.

SERIAN — Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian telah mengadakan program Doa Rosari di Taman Gethsemane, Paroki Bunan Gega di sini pada 19 Oktober lalu.

Seramai 29 orang guru serta ahli keluarga menyertai program ini yang diadakan sempena bulan Rosari bagi umat Kristian Katolik.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru Katolik di bahagian Serian.

Ia juga bertujuan untuk berdoa bagi mendekatkan diri kepada Tuhan dan sesama dalam tempoh bulan Rosari pada Oktober lalu.

Selain daripada aktiviti Doa Rosari, rekoleksi dan Misa Kudus juga diadakan dan dipimpin oleh Fr Prince Carneelyes Arokiam, CMF.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.