Oleh Khannasha Claudyia Kenedy
KOTA PADAWAN — Majlis Makan Malam Kesyukuran sempena Hari Pesta Santa Anna 2024 merupakan acara yang diraikan dengan penuh meriah oleh komuniti sekitar Kota Padawan, termasuk ministri gereja serta kawasan kampung dan taman di bawah Paroki St Ann, Kota Padawan.
Turut hadir pada malam tersebut ialah Yang Mulia Simon Poh, Uskup Agung Roman Katolik Kuching.
“Sambutan ini menjadi simbol perpaduan yang erat di antara ahli komuniti paroki yang datang dari pelbagai latar belakang dan sama-sama menyumbang ketika hari jualan Pesta Santa Anna pada Julai lalu, serta sebagai tanda rasa syukur kepada Tuhan atas semua berkatnya,” katanya.
Pada malam tersebut, Uskup Agung menyampaikan beberapa hadiah penghargaan seperti berikut:
Hasil Kutipan Jualan Tertinggi – Gerai Kumpulan Gereja Kampung (KGK) / Kumpulan Gereja Taman (KGT): KGT St Joachim, RPR Batu 12
Hasil Kutipan Jualan Tertinggi – Gerai Individu: Gerai Olivia Sahim
Hasil Kutipan Jualan Meningkat Naik: KGK Sungai Burung
Anugerah Gerai Terbaik: KGK Christ the King Kampung Tijirak, Zon Siburan
Majlis makan malam ini diakhiri dengan doa serta harapan agar sambutan yang akan datang terus menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan antara komuniti sambil meningkatkan semangat kesukarelawanan dan kesyukuran dalam diri setiap individu.
Hari Pesta Santa Anna terus dikenang sebagai satu detik yang bermakna dalam kehidupan komuniti paroki yang harmoni dan bersatu.