Komuniti Blok Rosari ‘Mother of Mercy’ Tabuan Dayak ziarah Gereja Mount Hosanna

Gambar: Martin Jaya

Oleh Martin Jaya

KUCHING — Pada 31 Ogos yang lalu, seramai 45 ahli Blok Rosari ‘Mother of Mercy’ Tabuan Dayak dari Paroki Holy Trinity Kenyalang Park melakukan ziarah ke Mount Hosanna, Sri Aman.

Mereka bertolak menggunakan bas pada jam 6.30 pagi dan tiba di Mount Hosanna pada jam 9.30 pagi.

Sebaik tiba di sana, mereka bersama pelawat lain mengadakan doa-doa Rosari dan Kerahiman Ilahi.

Pada jam 10.30 pagi, rombongan itu menghadiri Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Henry Jimbey.

Selepas itu, mereka pergi bersiar-siar dan makan tengah hari di Pekan Sri Aman.

Selesai segala urusan, mereka bertolak pulang dan sampai di Kuching dengan selamat pada jam 6.00 petang.

Ziarah ini merupakan satu daripada aktiviti tahunan untuk mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan ahli Blok Rosari ‘Mother of Mercy’ Tabuan Dayak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.