Festival Belia 2024 Gereja St Theresa meriah dan penuh makna

Kumpulan 'Christ The King' dari Kampung Riih Daso muncul sebagai juara pertandingan koir.

Oleh Danny Jerry

SERIAN — Festival Belia 2024 anjuran Ministri Belia Paroki (PYM) St Theresa di sini pada 31 Ogos lepas telah berlangsung dengan jayanya.

Ia meraikan semangat komuniti antara belia dengan umat Paroki St Theresa.

Pada awalnya, program ini dirancang untuk diadakan pada tahun 2020, namun tergendala akibat wabak COVID-19 dan juga kekangan dari segi dana.

Walau bagaimanapun, berkat sokongan daripada semua pihak, termasuk Yang Berhormat Encik John Ilus selaku wakil rakyat Kawasan N.23 Bukit Semuja yang merupakan antara penyumbang dana terbesar, akhirnya program ini berjaya dianjurkan.

Festival ini dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti menarik, termasuk jualan makanan dan minuman.

Pameran daripada Ministri Promosi Panggilan Keuskupan Agung Kuching serta pertandingan koir lagu-lagu rohani.

Cabutan bertuah juga menambah keceriaan acara dan menarik perhatian ramai pengunjung.

Pertandingan koir disertai lapan kumpulan.

'The Glorious Choir' dari Gereja Sacred Heart, Kota Sentosa, menyampaikan persembahan koir.
Tempat ketiga dalam pertandingan koir diduduki 'Shamrock Worship Team' dari Kampung Tangga Mawang.

Kumpulan ‘Christ The King’ dari Kampung Riih Daso muncul sebagai juara, diikuti oleh ‘The Glorious Choir’ dari Gereja Sacred Heart, Kota Sentosa sebagai naib juara, dan ‘Shamrock Worship Team’ dari Kampung Tangga Mawang di tempat ketiga. Persembahan koir yang memukau ini menunjukkan bakat dan  dedikasi yang luar biasa daripada semua peserta.

Festival ini turut menekankan semangat sinodaliti, yang menggariskan pentingnya inklusiviti dan kerjasama dalam komuniti gereja.

Acara ini mencerminkan bagaimana kesatuan dan kerjasama dalam kalangan ahli paroki dapat memperkuat hubungan dan semangat kekitaan dalam menghadapi cabaran serta meraikan kejayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.