Bulan Al-Kitab disambut meriah di Gereja Our Lady Queen Of Peace

Penyerahan simbolik ‘fishtail’ bagi penutupan Bulan Al-Kitab kepada Pengerusi Gereja, Colin Robert Lanuk, Fr Henry Jimbey.

Oleh Agatha Samui

SRI AMAN — Gereja Our Lady Queen Of Peace di sini melancarkan Bulan Al-Kitab pada 7 Julai lalu.

Temanya diambil daripada petikan Al-Kitab, ‘Your word is a lamp for my feet, a light on my path’ (Psalm 119:105) dalam bahasa Inggeris.

Perayaan Misa Kudus pada hari tersebut dirayakan oleh Fr Henry Jimbey.

Perarakan membawa Al-Kitab turut diadakan.

Ia diketuai oleh Cikgu Bandar Isa yang diiringi 12 murid Sekolah Hari Minggu yang melambangkan 12 Rasul sambil membawa Al-Kitab.

Tiga murid Sekolah Hari Minggu telah dipilih untuk membaca Injil.

Audreyna Sinta Cornelia dari Tahap Empat membaca petikan Injil Matius 25:1-13: ‘Perumpamaan tentang 10 orang gadis’.

Sementara itu, Jannelysna Hazellyn dari Tahap Lima membaca petikan Injil dalam bahasa Inggeris dari Lukas 14:25-33: ‘The Parable On The Cost Of Being A Disciple’.

Bacaan Injil diakhiri oleh Tadius Arel Warlther yang membaca petikan Injil dalam bahasa Iban, iaitu Matius 13:18-23: ‘Jesus Nerangka Reti Jaku Sempama Nabur Benih’.

Selain itu, Fr Henry mengutarakan soalan kuiz berkaitan dengan Al-Kitab kepada hadirin.

Aktiviti mewarna (Tahap Satu - Tahap Tiga)

Semua umat memberikan respon yang cukup baik dan menjawab soalan-soalan kuiz yang diutarakan dengan bersemangat.

Selain itu, seramai 14 anggota jemaat yang bertuah mendapat Al-Kitab secara percuma dengan menemukan reben kecil yang disembunyikan di bawah tempat duduk mereka.

Pada 21 Julai lalu, aktiviti mewarna bagi murid Tahap Satu-Tahap Tiga dan aktiviti teka silang kata berdasarkan kisah Para Rasul serta petikan Al-Kitab bagi kategori Tahap Empat-Tahap Enam telah diadakan.

Murid Tahap Tujuh-Tahap 10 menjawab kuiz bertulis juga berdasarkan kisah para Rasul dan petikan Al-Kitab.

Aktiviti ini bermula sebaik sahaja tamat Misa Kudus hari Ahad.

Pada minggu berikutnya, iaitu pada 28 Julai lalu, acara penutupan Bulan Al-Kitab diadakan bersama-sama dengan Jerawaraya Kuching Archdiocesan Youth Day (KAYD).

Sebelum Misa pagi bermula, belia KAYD turut memperkenalkan misi program KAYD kepada belia Gereja Our Lady Queen Of Peace.

Murid dari Tahap Satu-Tahap Empat Sekolah Hari Minggu membuat persembahan koir dengan lagu ‘You are My All In All’.

Pelajar Tahap 10 seterusnya membuat persembahan bicara berirama bertajuk ‘Feast Of Matthew’.

Persembahan Koir oleh murid Tahap Satu-Tahap Empat ‘You are My All In All’.
Persembahan bicara berirama oleh pelajar Tahap 10 ‘Feast Of Matthew’.

Al-Kitab turut diberikan secara percuma selain dijual dengan potongan harga yang menarik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.