Program ‘Outreach’ ke Kpg Krusen oleh Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian

Ahli Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian bergambar bersama guru-guru dan murid-murid SK Krusen.

Oleh Imelda Ak Nyaun

SERIAN — Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian telah mengadakan Program Outreach ke Kampung Krusen pada 24 Ogos lalu.

Seramai sembilan guru Katolik, yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa, telah menyertai program ini.

Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli Persatuan Guru Katolik di bahagian Serian dengan penduduk setempat. 

Ianya juga bertujuan untuk memberi sedikit bantuan dan sumbangan kepada keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah panjang mereka pada 13 Julai lalu.

Ceramah motivasi disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian, Cikgu Nixtion Oscar Raymond.
Penyerahan sumbangan kepada wakil penduduk kampung Krusen Siu oleh Pengerusi Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian, Cikgu Nixtion Oscar Raymond.

Selain itu, ceramah motivasi juga telah disampaikan oleh pengerusi persatuan, Cikgu Nixtion Oscar Raymond, kepada anak-anak yang terjejas akibat kebakaran tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.