Jerayawara KAYD 2024 diadakan di Paroki Our Lady Queen of Peace, Sri Aman

Perarakan Salib KAYD. (Semua gambar: Adrian John)

Oleh Mary Theresa

SRI AMAN — Jerayawara Hari Belia Keuskupan Agung Kuching (KAYD) 2024 telah diadakan pada 28 Julai 2024 di Paroki Our Lady Queen of Peace di sini.

Acara kemuncaknya adalah Misa Ahad yang bermakna dan sempurna dirayakan oleh Fr Henry Jimbey.

Jemaat menyaksikan para belia mengetuai perarakan Salib KAYD yang dihiasi dengan kain, diikuti oleh ikon Bonda Maria dan Al-Kitab.

Sebelum Misa Ahad bermula, pelajar daripada kelas adat telah membuat persembahan koir dengan membawa lagu bertajuk You Are My All In All yang lantang dan penuh semangat.

Persembahan koir daripada kelas adat.
Bicara Berirama daripada kelas penguatan.

Ia diikuti persembahan bicara berirama ‘Come to the Feast’ daripada pelajar kelas penguatan, yang menggamit perhatian setiap umat yang menghadiri Misa pada pagi itu.

Tepat jam 8.30 pagi, perarakan Salib KAYD bermula dan Misa pada pagi itu dirayakan seperti biasa.

Acara kemuncak pada Misa pagi itu adalah penutupan bulan Al-Kitab yang dilakukan oleh Pengerusi MCC, Colin Robert, dan Fr Henry, dengan menggulung sepanduk bulan Al-Kitab.

Penutupan Bulan Al-Kitab. (Gambar: Peter Tan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.