Belia Paroki Our Lady Queen of Peace adakan program Taizé

Sesi bergambar bersama Fr Henry dan semua belia yang terlibat. (Gambar: Adrian John)

Oleh Elizabeth Lynn

SRI AMAN Ministri Belia Katolik, Paroki Our Lady Queen of Peace, di sini telah menganjurkan program doa Taizé dan Saat Teduh (Holy Hour) di Chapel Our Lady Queen of Peace pada 24 Julai 2024.

Mukjizat Tuhan sememangnya besar kerana Dia telah menggerakkan hati para umat dan belia untuk menghadiri program ini dan memenuhi ruangan di dalam chapel tersebut.

Program tersebut dimulakan dengan Misa Harian pada jam 6.30 petang yang dirayakan oleh Fr Henry Jimbey.

Selesai sahaja Misa tersebut, para belia mula menghiasi altar dengan lilin, kain dan salib, sebelum membawa umat dan belia ke dalam suasana Taizé  dan Saat Teduh.

Mereka mempersiapkan diri untuk menerima firman Tuhan Yesus, bersesuaian dengan tema sesi tersebut iaitu Mazmur 119:105 ‘Firman-Mu Pelita di kakiku’.

Lagu ‘Bless the Lord, my soul’ mula dinyanyikan dan dihayati oleh semua umat yang hadir sebagai tanda permulaan program Taizé  dan Saat Teduh pada malam tersebut.

Fr Henry membawa masuk Tubuh Kristus yang terletak indah di dalam monstrans kudus ke ruang altar, di mana umat dan belia boleh melakukan adorasi dan menzahirkan doa-doa serta memohon permintaan peribadi sambil diiringi nyanyian lagu-lagu Taizé .

Pembacaan Kitab Injil dan sesi perkongsian disampaikan oleh Fr Henry.

Wakil belia turut menyatakan doa permohonan untuk belia di seluruh dunia, agar mereka sentiasa bertumbuh dalam iman.

Program Taizé dan Saat Teduh diakhiri dengan sesi fotografi bersama Fr Henry dan semua belia yang terlibat dalam program ini.

Semoga Tuhan sentiasa memberkati dan membimbing mereka dalam membawa belia lain untuk melayan di ladang Tuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.