Sukacita di dalam Tuhan: Perayaan Pra-Gawai dan Kaamatan 2024

Perasmian oleh Rektor Paroki Santa Anna, Friar Don Don Romero Ramerez OFM, disaksikan oleh para tetamu jemputan.

Oleh Janet Bong May Ing dan Augustine L. Garet

KOTA PADAWAN — Sebaik sahaja selesai Misa Kudus Kesyukuran Pra-Gawai dan Kaamatan pada 24 Mei lalu di Gereja Santa Anna, yang dirayakan dengan mempelbagaikan lagu dan bacaan Misa menggunakan bahasa Biatah, Iban dan Melayu, umat diminta untuk berkumpul di hadapan pintu masuk bagi memulakan acara sambutan.

Pukulan gong telah dilakukan untuk memanggil semua umat yang diteruskan dengan ucapan Rektor Paroki, Friar Don Don Romero Ramerez OFM, dan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Santa Anna, Judas Ligon.

Selepas itu, acara diteruskan dengan Doa Makan bagi perjamuan persaudaraan yang diadakan oleh umat dan pihak paroki yang diwakili Liga Wanita dari pelbagai zon yang menyediakan bermacam lauk.

Sementara itu, persembahan belia yang cukup menarik dan meriah disampaikan oleh Zon Taman, Zon Teng Bukap, Zon Penrissen, Zon Simpok dan Zon Taman. 

Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), dan persembahan khas daripada artis jemputan pada malam tersebut.

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah Pertandingan Miss Etnik Pra-Gawai Kaamatan Paroki Santa, Kota Padawan. Seramai 15 gadis menyertai pertandingan tersebut dengan memakai pakaian tradisional masing-masing.

Pemenang bagi pertandingan tersebut membawa pulang hadiah berupa selendang, hamper, mahkota dan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur bagi tempat pertama manakala tempat kedua mendapat tiket penerbangan ke Sabah, dan ketiga pula ke Miri, Sarawak.

Pemenang bagi Pertandingan Miss Etnik Pra-Gawai Kaamatan Santa Anna 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.