Persekutuan Kristian Malaysia: Selamat Hari Tadau Kaamatan dan Hari Gawai Dayak


PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI TADAU KAAMATAN DAN HARI GAWAI DAYAK

29hb Mei 2024

Persekutuan Kristian Malaysia mengucapkan Selamat Hari Tadau Kaamatan dan Hari Gawai Dayak kepada semua warga Sabah dan Sarawak.

Hari tersebut merupakan satu kesempatan yang istimewa bagi mereka yang dirayai bersama-sama dengan penuh sukacita, aman dan harmoni, menjalin hubungan persahabatan serta persaudaraan keluarga dan komuniti.

Satu pengajaran cantik yang dapat kita pelajari sebagai sebuah negara daripada warga senegara kami dari Sabah dan Sarawak, adalah keinginan dan kemampuan kuat mereka hidup bersama secara aman dan harmoni berpelukan pelbagai kaum, budaya, bahasa dan agama.

Marilah kita bersukacita dan merayakan bersama-sama warga dari Sabah dan Sarawak serta berdoa agar semangat kesatuan dan harmoni di antara mereka akan meresap ke seluruh negara kita yang tercinta.

Ditandatangani,

Cor Episcopa Philip Thomas,
Pengerusi

Archbishop Dr Simon Poh,
Naib Pengerusi

Bishop Datuk Danald Jute,
Naib Pengerusi

Revd. Dr Eu Hong Seng,
Naib Pengerusi


Uskup Agung Simon Poh, para paderi dan religius dari Keuskupan Agung Kuching menyampaikan keberkatan dan ucapan Selamat Gawai kepada semua keluarga kita. 

Doa Kesyukuran Gawai:

Terberkatilah Engkau, Tuhan Allah kami, pencipta syurga dan bumi serta Bapa Tuhan kami, Yesus Kristus. 
Kami bersyukur di atas Kebaikan-Mu kepada kami pada Gawai kali ini. 
Kami memuji Engkau di atas hasil kerja kami dari bumi kami. 
Semoga Engkau memberkati keluarga-keluarga kami, yang berhimpun untuk memanjatkan kesyukuran kepada Engkau. 
Bantulah kami untuk mengikut Yesus dan menghasilkan buah-buah kasih, sukacita, harapan dan kedamaian. 
Terberkatilah Engkau, Tuhan, Allah kami, selama-lamanya. 
Amin.

(Terjemahan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.