Oleh Augustine Leeroy Garet
KOTA PADAWAN — Misa Kesyukuran dan Pemberkatan sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia Tahun 2024 telah diadakan pada 10 Mei lalu di Gereja Santa Anna, Kota Padawan.
Seramai 60 anggota dan pegawai lain-lain pangkat dari ibu pejabat, pejabat zon dan balai menghadiri Misa Kudus tersebut yang dirayakan oleh Rektor Gereja Santa Anna, Friar Don Don Romero Ramerez, OFM pada jam 10.00 pagi.
Turut hadir untuk mengetuai program tersebut adalah Ketua Zon Satu Bomba Sarawak, PgKB I Jangan Muling.
Sebaik selesai Misa Kudus, sesi fotografi dan pemotongan kek telah dilakukan untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut.
Hari Bomba Sedunia sebenar jatuh pada tanggal 4 Mei setiap tahun.
Semoga Tuhan terus memberkati setiap anggota Bomba di dunia, khususnya di Malaysia.