Formasi Paska menyelami ‘Kepekaan terhadap Roh-Roh’

PEKA... Fr James Tan, SJ menyampaikan ceramah di Formasi Paska pada 27 April 2024. (Gambar: Shannon Wei)

Oleh Shannon Wei

“… Aku akan memberi kamu hati yang bijaksana dan peka …” (1 Raja-Raja 3:12)

KUCHING — Hampir 190 individu memenuhi auditorium Mater Domini di ACCPC bagi Formasi Paska tentang ‘Kepekaan terhadap Roh-Roh’ yang dipimpin oleh Fr James Tan, SJ dari Singapura pada pagi 27 April lepas.

Dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Jesuit Malaysia-Singapura, formasi itu menyelami tanggapan rohani yang diambil daripada ‘Spiritual Exercises’ yang ditulis oleh St Ignatius dari Loyola.

Sebagai permulaan, Fr James membuat perbandingan di antara roh baik—sumber kekuatan, galakan dan sukacita dalam mencari Tuhan—dengan roh jahat yang mencetuskan ketidakpuasan, keraguan dan keresahan tentang kasih Tuhan, selain fikiran bongkak dalam usaha menjalani kehidupan baik.

Selain itu, beliau menjelaskan tentang ‘Penghiburan Rohani’ (Spiritual Consolation), yang digambarkannya sebagai “kurnia yang Tuhan berikan kepada kita, apabila kita mendapati diri begitu bersemangat dengan kasih Tuhan sehinggakan kita dengan bebas dapat menyerahkan diri kepada Tuhan”.

Peserta diingatkan bahawa “dalam mengalami kerahiman-Nya, kita menyedari bahawa kita adalah pendosa di hadapan Tuhan yang penyayang dan berbelas kasihan, dalam wajah Kesengsaraan Yesus”. Maka itu, penghiburan rohani “membimbing kita untuk lebih memuji, bersyukur dan melayan Tuhan”.

Sesi itu memberi panduan bagi Penghiburan Rohani, yang menekankan kepentingan pandangan jauh, kesyukuran dan kerendahan hati, dan pada waktu sama turut menangani Kesepian Rohani (Spiritual Desolation)—apabila fikiran tentang kesukaan melawan, keputusasaan dan sikap mementingkan diri muncul.

Peserta diberitahu bahawa Kesepian Rohani boleh timbul apabila kita mengabaikan kehidupan iman kita. Dari sudut lain, kata Fr James, ia mungkin tempoh percubaan yang dibenarkan oleh Tuhan, seterusnya mendorong satu pengalaman dengan kemiskinan dan keperluan kita sendiri yang menuntut pertanyaan: “Adakah kita mengasihi Tuhan, atau hanya menyukai kurnia-kurnia Tuhan?”

Fr James memberi amaran tentang taktik mengabui mata yang digunakan oleh roh jahat, termasuk ditunjukkan dalam tingkah laku rosak (kerana dimanja), manipulasi dan serangan tersirat ke atas kerendahan hati rohani.

Dalam menangani perkara sedemikian, peserta disuruh sentiasa teguh, meningkatkan lagi doa, amalkan kesabaran dan ingat, “Tuhan sentiasa bersama kita”.

Sesi itu diakhiri dengan Misa Kudus, untuk memberi masa renungan dan komuni rohani kepada hadirin.

Perayaan Misa Kudus di auditorium Mater Domini, ACCPC.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Easter Formation delves into the “Discernment of Spirits”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.