Oleh Fr Adrian Kho
LUNDU — Gereja Holy Spirit mengadakan Perhimpunan Paska pada 11 April lalu untuk menyambut Paska sebagai sebuah paroki.
Acara bermula dengan perayaan Misa Kudus, diikuti jamuan persaudaraan secara ‘potluck’ di bahagian bawah gereja.
Jamuan tersebut istimewa kerana ia adalah acara perintis peringkat paroki yang diadakan dengan cara paling mesra alam sekitar.
Semua umat paroki wajib membawa pinggan, cawan dan sudu masing-masing yang mesti dibawa balik untuk dibasuh selepas acara malam itu.
Air minuman dalam botol plastik boleh buang sama sekali dielakkan pada malam itu, sama seperti pinggan, sudu dan bungkusan makanan boleh buang.
Acara mesra alam sekitar ujian peringkat paroki itu berjaya dengan jumlah sampah yang begitu sedikit sekali dikutip untuk dibuang pada malam itu.
Dengan ini, pihak paroki berharap untuk menganjurkan lagi acara paroki pada masa depan dengan cara yang sangat mesra alam sekitar bagi menyahut seruan Laudato Si’.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Parish holds environmentally-friendly Easter Gathering