Oleh Fr Cornelius Prince, CMF
BUNAN GEGA — Dalam usaha menjaga tempat tinggal kita yang umum (Common Home), Paroki St Jude di Bunan-Tebedu telah berhimpun untuk meraikan ‘Eco-Week’ atau Minggu Ekologi dari 1 hingga 6 April lalu.
Mereka berkumpul di Pusat Ziarah Gethsemane sambil melakukan Ziarah Ekologi setiap petang untuk berdoa dan menandakan keprihatinan mereka terhadap tempat tinggal manusia yang umum dengan Misa Kudus.
Renungan Fr Pratap, Fr Galvin dan Sr Catherine Uming, SSFS mengenai pelbagai tema memberi pencerahan kepada peserta untuk mendekatkan lagi diri dengan alam semula jadi.
Kehadiran Uskup Agung Simon Poh bagi sambutan ‘Eco-Week’ pada 6 April lepas memperkasakan peserta untuk meneroka nilai-nilai tradisi, kebudayaan dan sejarah kehidupan mereka di kampung dan melakukan perjalanan eko-sinodal bersama-sama dengan visi dan misi Keuskupan Agung Kuching.
Selepas Misa Kudus yang dirayakan bersama Uskup Agung Simon, peserta menanam pokok dan memberkati beras baharu, benih dan peralatan yang digunakan untuk bercucuk tanam sebagai tanda komitmen mereka kepada ekologi.
Marilah kita bergandingan tangan demi Tuhan untuk menciptakan Syurga Baharu dan Bumi Baharu.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Celebration of God’s Creation “Pingirami Pinampa Tampa”