Memperbaharui janji kahwin

Pemberkatan perkahwinan oleh Fr Michael Modoit

Oleh Ernest Jinuat

TERAWI, Penampang — Seramai 32 pasangan dari Keluarga Lojitan yang bepakaian tradisi telah melafazkan pembaharuan janji perkahwinan mereka di Holy Nativity Church Terawi pada 10 April 2024. Upacara ini telah disempurnakan oleh Fr Michael Modoit, Rektor Paroki Holy Nativity Terawi dan dibantu oleh Fr Ned Columba Moujing.

Upacara yang julung kali diadakan ini telah dihadiri oleh anak-anak, cucu-cucu dan ahli-ahli keluarga terdekat. Fr Michael dalam homili menyatakan bahawa ini adalah bukti bahawa cinta kepada Tuhan dan kepada keluarga yang berjalan seiring memang wujud.

Fr juga memberi peluang kepada semua anak-anak dan cucu untuk memberi pelukan dan ucapan kepada ibu bapa masing-masing kerana ini merupakan satu keadaan yang jarang berlaku. Keadaan telah bertukar hiba dan gembira melihat mereka berpelukan sesama sendiri. Tempoh Perkahwinan pasangan-pasangan ini adalah di antara lapan hingga 44 tahun.

Catholic Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.