‘Suara Emas’ Uskup Agung Simon Poh kutip RM40,589.30

TERIMA KASIH... Penyampaian cenderahati kepada Uskup Agung Simon Poh sebagai tanda penghargaan.

Oleh Jacqueline Ebby

SERIAN — Pada 6 April lalu, Jawatankuasa Pusat Pastoral Paroki St Theresa di sini telah menganjurkan Majlis Makan Malam untuk mengumpul dana bagi pembinaan bangunan pusat tersebut. 

Majlis itu diadakan di Dewan Serba Guna SJK Chung Hua di sini dengan tetamu kehormat, Yang Mulia Uskup Agung Simon Poh, dan ia mendapat sambutan yang meriah daripada umat Paroki St Theresa. 

Antara acara yang berlangsung pada malam itu adalah persembahan koir daripada Ministri Belia Paroki, yang kemudian diteruskan lagi dengan nyanyian ‘karaoke’ lagu-lagu tajaan. 

Acara kemuncak pada malam itu adalah nyanyian lagu Uskup Agung Simon yang merupakan ‘Suara Emas’ bagi majlis makan malam itu. Hasilnya, dana yang berjaya dikumpul bagi ‘Suara Emas’ adalah sebanyak RM40,589.30. 

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya atas berkat kerjasama semua hadirin yang bermurah hati menyumbang dana bagi Pembangunan Pusat Pastoral Paroki St Teresa di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.