Nunsio Apostolik hadir Majlis Berbuka Puasa

KUALA LUMPUR — Majlis Hukama’ Muslimin Malaysia (Muslim Council of Elders) mengadakan Majlis Berbuka Puasa Antara Agama tahunan pada Mac 20, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut dihoskan oleh Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Tetamu kehormat yang hadir ialah YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Uskup Agung Wojciech Załuski, Nunsio Apostolik ke Malaysia; Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim serta pemimpin agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.

Dalam ucapannya, Senator Dr Zulkifli Hasan, memetik Hans Küng, Edward Said dan beberapa tokoh Islam mengenai kepentingan dialog antara agama dalam mewujudkan keamanan.

Uskup Agung Wojciech Załuski merakamkan penghargaannya kepada Majlis Hukama’ Muslimin Malaysia atas inisiatif menganjurkan majlis berbuka puasa yang sangat bermakna ini. Tambahnya, ini jelas menggambarkan keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang agama.

Herald Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.