Sambutan ‘Easter Fun 2024’ di Gereja St Ann, Kota Padawan

SAMBUTAN HANGAT… Para peserta cilik yang comel-comel belaka merakam kenangan bersama ibu bapa mereka dan para petugas Ministri Liturgi Kanak-kanak.

Oleh Paroki St Ann

KOTA PADAWAN — Hari Paska merupakan hari untuk merayakan kebangkitan Tuhan Yesus daripada kematian, yang disambut oleh seluruh umat Kristian kerana kebesaran hari tersebut.

Pada 6 April lepas, Ministri Liturgi Kanak-kanak Santa Anna telah mengadakan program ‘Easter Fun’ di Dewan St Anthony bagi menarik minat kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti gereja, dan ia mendapat sambutan yang positif daripada ibu bapa.

Seramai 150 orang kanak-kanak telah mendaftar secara dalam talian dan beberapa lagi “walk-in” pada pagi itu. 

Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program ini berusia lima hingga 12 tahun.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk dan membantu kanak-kanak membentuk iman mereka, dan mengajar mereka erti sebenar sambutan Paska dalam ajaran Kristian. 

Sehubungan itu, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari perkara baharu dan mengembangkan pengetahuan tentang sambutan Paska yang sebenar. 

Selain itu, kerjasama antara ibu bapa dan petugas Ministri Liturgi Kanak-kanak serta sukarelawan dari luar mahupun dalam gereja juga amat penting dalam menjayakan program tersebut.

MENJAMU SELERA… Peserta dan ibu bapa serta petugas Ministri Liturgi Kanak-kanak menikmati jamuan ‘pot bless’ pada akhir program ‘Easter Fun’.

Sumbangan dari segi makanan dan minuman serta kemudahan yang ada telah menjayakan program ini.

Ia dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti kanak-kanak seperti ‘egg hunting’, kotak misteri dan juga ‘action songs’ yang diiringi para petugas Ministri Liturgi Kanak-kanak. 

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan, kanak-kanak dapat mengenali satu sama lain dan membina persahabatan baharu. 

Program ‘Easter Fun’ ini telah menjadi medium tarikan bagi kanak-kanak untuk terus menyertai aktiviti gereja selain menjadi salah satu cara untuk mengembangkan lagi iman mereka sebagai pemimpin masa depan Gereja Katolik. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.