IPD Sri Aman adakan upacara sembahyang di Mount Hosanna sempena Hari Polis

Mathew (empat kanan) menyampaikan sumbangan kepada Jerome (lima kiri) sambil disaksikan pegawai kanan polis lain pada majlis berkenaan.

SRI AMAN — Sempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217, Ibu Pejabat Polis (IPD) Sri Aman mengadakan upacara sembahyang agama Kristian di Gereja Katolik Mount Hosanna, Jalan Sri Aman-Kuching dekat sini pada Jumaat.

Upacara sembahyang berkenaan melibatkan kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai am, ahli AMANITA, ahli Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) dan Kompeni ‘C’ BN 10 PGA, Kem Temudok serta ahli keluarga mereka yang bergama Kristian.

Upacara sembahyang tersebut diketuai oleh Reverend Father Jerome Juleng. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie dan isterinya Corina Nobes selaku Pengerusi PERKEP IPD Sri Aman serta keluarga turut hadir dalam upacara sembahyang berkenaan.

Mathew ketika berucap ringkas pada majlis itu berterima kasih kepada pihak gereja Katolik Sri Aman atas kesudian memberi ruang dan tempat kepada IPD Sri Aman mengadakan upacara sembahyang beramai-ramai itu.

Di samping itu, beliau turut menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Kelab Penganut Agama Kristian IPD Sri Aman kepada gereja berkenaan.

Utusan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.