Penerangan mengenai Hari Rabu Abu kepada anak-anak Sekolah Hari Minggu

KONGSI ILMU… Cikgu Briged Florina memberikan penerangan kepada para pelajar menerusi tayangan selingan video Hari Rabu Abu.

Oleh Agatha Samui

SRI AMAN — Pada 17 Mac lalu, di perkarangan Gereja ‘Our Lady Queen Of Peace’, para guru Kelas Agama telah menjalankan aktiviti di luar kelas bersama anak-anak Sekolah Hari Minggu.

Aktiviti yang dipanggil ‘Mini Demo: Hari Rabu Abu’ itu dijalankan dalam dua bahagian secara teori menerusi tayangan selingan video mengenai Hari Rabu Abu.

Pada bahagian yang disampaikan oleh Cikgu Briged Florina, beliau telah menerangkan mengenai kepentingan Hari Rabu Abu sebagai hari umat Katolik mula berpuasa.

Tayangan tersebut juga diselang-selikan dengan soalan kuiz mengenai Hari Rabu Abu, yang dijawab oleh para pelajar sebagai latihan mereka.

AMALI… Aktiviti “pembakaran Daun Palma” secara praktikal dikendalikan oleh Warden Marshal dan Warden Sebastian dengan bantuan Sakristan Adelaide.
ABU BERKAT… Daun palma, yang sudah dibakar menjadi abu, dibiarkan sejuk dan akan disimpan di dalam bekas kedap udara. Abu ini akan digunakan semasa perayaan Misa Hari Rabu Abu.

Kemuncak acara pada pagi itu adalah demo pembakaran daun palma yang telah diberkat pada Hari Minggu Palma tahun lepas. Daun palma ini dibakar sehingga menjadi abu.

Demonstrasi ini telah ditunjukkan oleh dua warden gereja, Marshall Pichi dan Sebastian Jubang, yang dibantu oleh Sakristan, Adelaide.

Pelajar yang terlibat adalah dari Tahap 1 hingga Tahap 10. Selain itu, para ibu bapa dan penjaga serta umat yang lain juga mengikuti aktiviti ini.

Ini merupakan aktiviti kerohanian yang julung kali diadakan pada Minggu Pra-Paska dengan harapan agar ia dapat menambah pengetahuan dan pembelajaran dalam kalangan para peserta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.