Rekoleksi pemimpin ibadat Paroki Holy Spirit

LUNDU — Paroki Holy Spirit di sini telah mengadakan siri pertama rekoleksi pemimpin ibadat pada 3 Februari lepas.

Rekoleksi tersebut disertai 85 orang pemimpin ibadat dari kesemua 23 gereja dalam Paroki Holy Spirit, tidak termasuk gereja induk.

Pengisian utama aktiviti ialah perkongsian rohani oleh Fr Davie Entalai.

Pemimpin ibadat diperingatkan supaya bermatlamat dan mempunyai tujuan melayani berteraskan kepada Tuhan Yesus.

Peserta dirujuk kepada peristiwa Perjalanan ke Emaus, iaitu petikan dari Injil Lukas 24:13-35 sebagai renungan.

Perkongsian disusuli perbincangan berkumpulan yang fokus kepada peranan dan tanggungjawab pemimpin ibadat serta mengenal pasti isu dan syor bagi memantapkan pengurusan ibadat tanpa paderi.

Sesi diakhiri dengan Misa Kudus yang merangkumi pemberkatan dan agihan abu yang digunakan di setiap gereja kampung semasa ibadat Hari Rabu Abu pada 14 Februari lepas.

Siri kedua rekoleksi tahunan pemimpin ibadat Paroki Holy Spirit akan diadakan sebelum Musim Adven nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.