Bagaimana bersedekah boleh merapatkan kita dengan Tuhan

Gambar: Halfpoint/Shutterstock

Oleh Philip Kosloski

Bersedekah, termasuk menyumbang masa, bakat dan harta kita kepada orang lain yang memerlukannya, adalah ciri utama kepercayaan Kristian. Ia adalah satu amalan yang mencontohi Yesus dan bagaimana Dia sentiasa menyerahkan diri kepada orang lain dalam kehidupan dan kematian.

Pope Benedict XVI merenungkan tentang bersedekah dalam perutusannya pada 2008 bagi Musim Lent, dan menjelaskan bahawa ia boleh menjadi alat bagi perubahan hati. 

Dengan merapatkan diri kepada orang lain menerusi bersedekah, kita merapatkan diri kepada Tuhan; ia boleh menjadi alat bagi perubahan hati yang tulen dan perdamaian dengan-Nya dan saudara-saudari kita.

Dalam satu cara khusus, Benedict XVI merenungkan tentang kuasa bersedekah dan kaitannya dengan kasih.

Bersedekah mengajar kita tentang kasih yang murah hati. St Joseph Benedict Cottolengo mengesyorkan dengan terus terang: “Jangan mengira duit syiling yang kamu beri, kerana inilah apa yang saya selalu sebut: seandainya, apabila bersedekah, tangan kiri tidak boleh tahu tentang apa yang tangan kanan buat, maka tangan kanan juga tidak harus tahu apa yang ia sendiri buat.”

Benedict XVI menggalakkan umat Kristian bersedekah pada Musim Lent, selain pada waktu lain. 

Lent mengundang kita untuk “melatih diri sendiri” dari segi rohani, juga menerusi amalan bersedekah supaya kita berkembang dalam kasih dan mengenali Kristus Sendiri dalam orang miskin. Dalam Kitab Kisah Para Rasul, kita membaca bahawa Rasul Petrus berkata kepada seorang lelaki lumpuh yang mengemis di pagar Bait: “Aku tidak ada perak atau emas, tetapi apa yang ada padaku, aku berikan kepadamu; dalam nama Yesus Kristus dari Nazaret, berjalanlah” (KR 3,6). Apabila kita bersedekah, kita memberikan kebendaan, satu tanda anugerah lebih besar yang kita dapat berikan kepada orang lain menerusi pengumuman dan kesaksian Kristus, yang dalam Nama-Nya ditemukan kehidupan sebenar.

Setiap kali kita bersedekah, kita mendoakan agar kita melihat kuasa yang ada padanya untuk merapatkan kita lagi dengan Tuhan. 

Aleteia (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: How almsgiving can bring us closer to God

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.