Majlis makan malam meraikan Friar David

WIRA TUHAN… Friar David Au, OFM menerima Baju Burung daripada Komuniti Iban Apostolate.

Oleh Augustine Leeroy Garet

KOTA PADAWAN — Hampir lapan tahun melayani sebagai salah seorang gembala baik bagi Paroki Santa Anna, akhirnya Friar David Au, OFM akan menyambung pengajian dalam bidang Franciscan Spirituality di Itali bermula Februari 2024.

Pada 5 Januari yang lepas, Majlis Makan Malam Apresiasi dan Perpisahan bagi Friar David Au telah dihadkan dan dihadiri lebih kurang seribu umat dari seluruh paroki bersama ahli keluarga Friar David, termasuk abangnya, Fr Felix Au, dan ibunya. 

Dalam ucapannya, Friar David menyatakan kesyukuran kerana dapat melayani umat di Paroki Santa Anna, khususnya semasa beliau menjadi Rektor ketika pandemik COVID-19 melanda dunia.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah umat yang dihadkan menghadiri Misa Kudus merupakan salah satu memori yang tidak akan pernah dilupakan. 8

Beliau juga menyeru umat untuk terus memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada para friar yang akan terus melayani Paroki Santa Anna. 

Friar David ditahbiskan sebagai seorang paderi pada 27 Julai 2018 di Gereja Katolik Santa Anna dan merupakan pentahbisan julung kalinya sebaik sahaja selesai pembinaan bangunan gereja baharu.

Beliau adalah seorang anak kelahiran Kuching, Sarawak yang telah menyertai kongregasi Fransiskan atau Order of Friar Minors (OFM) bagi St Anthony Custody untuk Malaysia, Singapura dan Brunei. 

DENDANGAN… Friar David Au bersama dengan seorang umat, Felicia, menyanyikan lagu Mandarin.
HEBAT… Persembahan daripada Fr Felix Au.
MENARIK… Tarian etnik kreatif dari Zon Penrissen.

Antara pengisian majlis makan malam berkenaan adalah persembahan tarian rohani yang disampaikan oleh belia Zon Taman manakala tarian etnik kreatif dipersembahkan oleh belia dari Zon Penrissen. 

Bagi Zon Simpok, setiap pengerusi Komuniti Gereja Kampung (KGK) telah menyanyikan sebuah lagu dan mempersembahkan tarian bersama iaitu poco-poco. 

Friar David pula mempersembahkan sebuah lagu Mandarin bersama seorang umat yang turut hadir. 

Acara penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan juga diadakan, antaranya daripada Liga Wanita, Iban Apostolate, Jawatankuasa St Ann’s Feast Day (SAFD) dan individu. 

KESATUAN… Friar David Au, OFM bersama Jawatankuasa SAFD yang juga penganjur Majlis Makan Malam Apresiasi dan Perpisahan.

Seluruh umat Paroki Santa Anna mendoakan kejayaan Friar David Au dan semoga beliau terus diberkati Tuhan.

Santa Anna, doakanlah kami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.