Pelancaran Kitab Deuterokanonika versi Borneo di Pulau Pinang

Pelancaran Kitab Deuterokanika (DC) dalam Bahasa Malaysia versi Borneo telah diadakan di Basilika Sta Anna, Bukit Mertajam pada Januari 8 lalu, selepas Misa Kudus Kesyukuran pengangkatan Uskup Sebastian menjadi Kardinal.

PULAU PINANG — Pelancaran Kitab Deuterokanika (DC) dalam Bahasa Malaysia versi Borneo telah diadakan di Basilika Sta Anna, Bukit Mertajam pada Januari 8 lalu, selepas Misa Kudus Kesyukuran pengangkatan Uskup Sebastian menjadi Kardinal.

Uskup Richard Ng dari Keuskupan Miri dan juga presiden Kommisi Episkopal Alkitab Malaysia, Singapura dan Brunei menjelaskan bahawa Alkitab Versi Borneo (AVB) tidak mempunyai Kitab Deuterokanonika (DC).

DC merujuk kepada tujuh kitab tambahan yang diakui oleh Gereja Katolik dan Gereja-gereja Timur. Tujuh kitab itu ialah Kitab Tobit, Yudit, Ester, Sirakh, Kebijaksanaan, Satu dan Dua Makabe.

Terjemahan DC ke Bahasa Malaysia adalah projek di bawah Konferensi para Uskup Malaysia.

“Projek penterjemahan ini adalah rumit dan mengambil masa panjang. Konferensi para Uskup Malaysia mempersetujui projek ini pada tahun 2017, menjalani dua kali latihan pada tahun 2018 serta melalui proses semakan yang panjang dan teliti sebelum dicetak.

Uskup Richard turut menyampaikan rasa terima kasih kepada 13 penterjemah dari Malaysia Timur dan seorang dari Semenanjung Malaysia. Mereka bekerjasama dengan tim AVB sehinggalah DC tersebut lengkap dan dicetak.

“Buat masa sekarang, DC dalam Bahasa Malaysia dicetak sebagai tambahan kepada AVB. Namun dalam masa terdekat, Kitab DC akan dicetak bersama dengan AVB dan menjadikannya Alkitab Bahasa Malaysia versi Katolik,” jelas Uskup Richard.

Prelatus itu berterima kasih kepada Lembaga Pengarah Alkitab Versi Borneo kerana memberi kebenaran kepada para Uskup Katolik Malaysia untuk menghasilkan edisi pertama Katolik AVB.

Roh Kudus berkarya membawa pelbagai orang, pelbagai berkat dan karisma untuk merealisasikan Alkitab Bahasa Malaysia yang boleh dihayati dan dibaca khususnya kepada umat berbahasa Malaysia di Malaysia Timur.

Sebagai gimik pelancaran, Uskup Richard menghadiahkan AVB Katolik edisi terhad kepada semua Uskup yang hadir.

Herald Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.