Puji sembah dan penyembuhan luka batin

GEREJA BANJIR… Kawasan sayap kanan gereja yang turut dipenuhi umat.

Oleh Augustine Leeroy Garet

KOTA PADAWAN — Pada 13 Januari yang lalu, Paroki Santa Anna telah mengadakan sesi Pujian dan Penyembahan serta Penyembuhan Luka-luka Batin yang pertama bagi tahun 2024. 

Gereja Santa Anna dibanjiri umat seawal jam 4.00 petang, dan walaupun hujan sangat lebat, ia tidak menghalang umat daripada merasakan cinta kasih Tuhan. 

Sesi tersebut dimulakan dengan Misa Kudus bagi Hari Minggu Biasa Kedua Tahun B pada jam 6.00 petang yang dirayakan oleh Rektor Paroki Santa Anna, Friar Don Don Ramerez, OFM.

DAMBA… Umat yang berdiri di hadapan pintu masuk gereja.

Syukur dan puji kepada Tuhan kerana kehadiran yang amat luar biasa, iaitu lebih kurang dua ribu umat hadir, dari pelbagai kawasan seperti Kuching, Sibu, Miri, Mukah dan tempat lain hingga kawasan luar gereja.

Bersesuaian dengan bacaan Injil pada hari minggu tersebut, iaitu Yohannes 1:35, “Marilah lihat”, hal itu jelas menyahut sabda Tuhan Yesus yang mahu kita melihat cara Tuhan melakukan sesuatu, khususnya bekerja dalam hidup kita. 

Kita haruslah menjadi seperti para rasul Tuhan Yesus untuk terus mendekatkan diri dengan Tuhan melalui Gereja-Nya yang kudus.

Sesi Pujian dan Penyembahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu terakhir bagi setiap bulan selepas Misa Senja (6.00 pm). 

Datanglah dan rasailah kehadiran dan jamahan Tuhan kita, Allah yang hidup. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.