Komuniti Neocatechumenal Way anjur pementasan

Oleh Sibu SOCCOM

SIBU — Komuniti Neocatechumenal Way Gereja Katolik telah menganjurkan Pementasan Penampakan Tuhan untuk menyampaikan makna Krismas di Chapel St Teresa, Sungai Merah di sini pada 7 Januari 2024.

James Lau, selaku Ketua Bertanggungjawab bagi Neocatechumenal Way, berkata pementasan itu merupakan satu perayaan tahunan bagi komuniti itu untuk menyampaikan kepercayaan kepada golongan kanak-kanak. 

“Malam ini, kita akan membawa anda balik kepada 12 adegan dalam sejarah Penyelamatan, untuk membantu anda menghargai makna sebenar Krismas, menghargai sejarah yang Tuhan telah lakukan buat umat manusia. Ini adalah sejarah kita,” katanya kepada orang ramai yang hadir untuk menonton pementasan itu.

Kira-kira 120 orang menghadiri pementasan itu selain Fr Edward Raymond daripada Neocatechumenal Way.

Beliau juga menyatakan bahawa untuk menghargai Penampakan Tuhan, umat Kristian mesti bermula dengan Kitab Kejadian. Menurut Lau, kira-kira 50 orang, termasuk kanak-kanak, terlibat dalam pementasan itu. Kumpulan itu menghabiskan masa selama dua bulan untuk bersiap sedia bagi pementasan itu.

Menurut Fr Edward, pementasan seumpama itu adalah cara yang amat baik untuk mengajar golongan kanak-kanak dan membantu mereka memahami kepercayaan Kristian.

Pementasan itu berakhir dengan jamuan makan malam ala bufet. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Neocatechumenal Way community organises ‘Epiphany Show’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.