Perutusan Sempena Hari Minggu Firman Tuhan 2024

Oleh Komisi Al-Kitab Serantau Malaysia-Singapura-Brunei

Tema: Firman Tuhan adalah nadi kehidupan, iman dan misi Gereja. 

Pada 30 September 2019, Paus Fransiskus telah menginstitusikan Hari Minggu Biasa ke-3 sebagai perayaan tahunan bagi Hari Minggu Firman Tuhan, iaitu hari istimewa yang dikhususkan untuk merayakan, mempelajari dan menyebarkan Firman Tuhan.

Pada Hari Minggu Firman Tuhan, siri aktiviti dan inisiatif sepanjang tahun dimulakan untuk menggalakkan umat membaca, mengkaji, merenung dan membahagikan Firman Tuhan. 

Objektif: Untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan Hari Minggu Firman Tuhan. 

Beberapa Cadangan Aktiviti 

Peringkat peribadi: 

• Memiliki dengan membeli Al-Kitab untuk kegunaan sendiri atau Jurnal Al-Kitab

• Membaca Al-Kitab setiap hari 

• Meditasi dan renungan

• Membuat jurnal

• Menghafal ayat Al-Kitab 

Peringkat keluarga:

• Pembelajaran Al-Kitab dalam keluarga dan waktu berdoa

• Cabaran mengingat ayat Al-Kitab

• Masa untuk cerita Al-Kitab

• Perbincangan dan perkongsian keluarga

• Permainan Al-Kitab Keluarga 

Peringkat paroki:

• Kempen promosi ‘Beli satu, satu hadiah’

• Mewujudkan kerasulan Al-Kitab, jawatankuasa atau pelayanan Al-Kitab

• Seminar dan Acara Al-Kitab

• Pesta Al-Kitab / Sambutan Hari Al-Kitab

• Memperluaskan pelan membaca Al-Kitab seluruh paroki 

Peringkat komuniti:

• Pengajian/Pembelajaran Al-Kitab Komuniti

• Aktiviti mencabar untuk menghafal Al-Kitab Seluruh Komuniti

• Kelab buku bertemakan Al-Kitab

• Taman Al-Kitab Komuniti

• Mewujudkan kumpulan sokongan Al-Kitab Komuniti 


Berita dalam Bahasa Inggeris: Sunday of the Word of God 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.