Perhimpunan Agung Ke-5 ‘Sisters of St Francis of Sarawak’

Oleh SSFS

KUCHING — Seramai 64 rohaniwati berhimpun di Biara Mary Immaculate (Maria Tidak Bernoda) pada 3 Disember 2023 untuk Hari Renungan Pra-Perhimpunan Agung yang memberi tumpuan kepada Ekaristi bagi mempersiapkan diri secara rohani. Perhimpunan Agung Ke-5 bermula pada 4 Disember 2023 dan berakhir pada 8 Disember 2023.

Pada dua hari pertama, para peserta mendengar dengan tekun ucapan Ketua Pemimpin Sr Rose Wong, SSFS dan Uskup Agung Simon Poh; dan maklum balas tentang situasi Gereja serta keadaan politik dan sosioekonomi Malaysia, khususnya Sarawak, masing-masing dari tiga penceramah jemputan, Uskup Richard Ng, Simon Siah dan Dr Dolly Paul Carlo.

Uskup Agung Simon Poh

Dalam Perbualan Rohani, para rohaniwati menanggapi bagaimana mereka dapat mempraktikkan pandangan St Francis Assisi yang bersifat Inkarnasi: kedamaian, kerendahan hati dan persaudaraan. Ini bertentangan dengan pandangan dunia, order atau aturan dunia dan gaya hidup dunia serta kuasa dan dominasi. Mereka melakukan ini bersama Gereja untuk membangunkan Kerajaan Tuhan seperti yang azali menurut Karisma Fransiskan.

Pada hari ketiga, mereka berjalan balik dan menyemak semula pelayanan serta kerasulan masing-masing. Mereka mengalami waktu kesyukuran selain kekecewaan, kehampaan dan keputusasaan.

Pada hari keempat, moderator mereka, Uskup Agung Emeritus John Ha, memberikan sinopsis bagi seluruh prosiding menurut aliran dalam cerita perjalanan ke Emmaus. Seperti para murid, para rohaniwati juga begitu leka dengan kegagalan dan kekecewaan mereka sehinggakan mereka tidak dapat mengenali kehadiran Tuhan di tengah-tengah mereka tetapi mereka disedarkan bahawa Tuhan sentiasa berjalan bersama mereka. Mereka dipelawa untuk duduk di kaki Yesus, seperti Maria, untuk mendengar, menanggapi dan mengutamakan pelayanan masing-masing.

Uskup Agung Emeritus John Ha

Perumpamaan Orang Samaria Yang Baik memberikan inspirasi kepada mereka untuk menyantuni mereka yang di pinggiran dan menjadi tetangga sebenar kepada mereka. Dengan fahaman daripada bacaan Injil ini, mereka merasa digalakkan, diangkat dan dipenuhi harapan. 

Sekarang mereka rasa bersedia dan bermotivasi untuk menjalankan pelayanan yang mereka telah semak semula selain pelayanan baharu yang mereka mungkin dipanggil untuk laksanakan.

Seperti yang diamanatkan oleh Konstitusi 26 dan 27 bagi perkumpulan mereka, mereka akan terus mendapat inspirasi daripada Firman Tuhan selain kekuatan daripada Ekaristi untuk menjalankan pelayanan mereka. Mereka menyerahkan diri kepada doa perantaraan Maria Dikandung Tak Bernoda, dengan hari rayanya yang mereka rayakan pada 8 Disember 2023. 

Uskup Richard Ng
Simon Siah (kanan) dan Dr Dolly Paul Carlo (tengah) bersama Sr Rose Wong.
Perbualan Rohani

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Sisters of St Francis of Sarawak gather for 5th General Assembly

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.