Ceramah pengurusan kerasulan

TERIMA KASIH… Dr Helen (lima kanan) menerima cenderahati daripada Danel (tengah) disaksikan semua peserta program.

Oleh Josephine Nicholas Duda

KUCHING — Seramai 20 orang ahli Apostolate Iban (AI) Keuskupan Agung Kuching telah menghadiri Program Formasi ‘Ngatur sereta Ngulu Dalam Gerempung Ba Gerija’ yang diadakan di Bilik St Joseph, Bangunan ACCPC pada 17 Disember tahun lepas. 

Program tersebut bertujuan membimbing ahli baharu jawatankuasa AI supaya saling memahami tugas yang diamanahkan dan juga lebih berkeyakinan menjalankan tanggungjawab pastoral untuk melayan umat Katolik, khususnya di bandar raya Kuching.

Sesi formasi itu disempurnakan oleh Profesor Madya Dr Helen Tan Sui Hong yang merupakan seorang pensyarah dari Universiti Malaysia (UNIMAS), Cawangan Sarawak. 

Beliau merupakan pengasas Bahasa Melayu Apostolate (BMA) di Keuskupan Melaka-Johor pada 2006 dan menjadi pengerusi BMA dari 2007 hingga 2009.

Buat masa sekarang, beliau masih lagi menjadi ahli jawatankuasa Melaka-Johor Diocese Animating Team (MJDAT) atau Pasukan Penyemarak Kehidupan Keuskupan Melaka-Johor.

Ketika membuka sesinya, beliau berkongsi tentang pengalamannya semasa menguruskan BMA di Johor.

Beliau juga menyarankan tindakan yang perlu diberi perhatian setelah mendengar perbentangan tentang AI oleh pengerusi AI, Danel Bala.

Pada sesi keduanya pula telah diadakan bengkel ‘Perambu Lampat Tauka Tinjau Jauh (Perancangan Masa Depan)’ berpandukan contoh yang telah ditunjukkan. 

Setiap ahli jawatankuasa AI dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut biro ataupun pelayanan masing-masing. 

Walaupun menghadapi kekangan masa, pembentangan hasil perbincangan sempat juga disampaikan.

Kesimpulannya, ahli dan jawatankuasa AI memahami perancangan yang baik sangat diperlukan agar tindakan susulan dapat dijalankan dalam program AI yang seharusnya menititikberatkan isu ataupun permasalahan agar setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.