Program Pantri Makanan Persatuan St Vincent de Paul

PRIHATIN… Anggota paroki memberi sumbangan kepada program Pantri Makanan.

Oleh Sophia Soo

MIRI — Sempena Program Pantri Makanannya, Persatuan St Vincent de Paul (SSVP), Sidang St Joseph Miri, telah menganjurkan kempen derma makanan pada 29 Oktober lalu daripada jam 7.00 pagi hingga tengah hari. Ia merupakan kutipan Pantri Makanan kedua pada tahun ini.

Tapak kutipan makanan yang diurus oleh sukarelawan dan ahli Sidang disediakan di Katedral St Joseph, Gereja Mater Dei, Chapel Carmelite sereta Gereja St Dominic dan Rosari.

SUKA… Seorang sukarelawati muda menjaga makanan derma.

Sumbangan yang diterima bagi kempen makanan dua kali setahun itu termasuk beras, garam, minyak masak, kicap, telur, makanan tin, mi bungkus, tepung, biskut, bijirin, teh, kopi dan lampin bayi. Ramai anggota paroki tampil dengan beg-beg makanan dan keperluan lain. Sumbangan yang diterima diatur dan diedarkan oleh ahli Sidang ke 25 keluarga FIN (Friends-in-Need) di Miri dan sekitarnya menurut keperluan mereka. Ini adalah bantuan yang dialu-alukan oleh keluarga terbabit yang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Program Pantri Makanan merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Sidang itu pada Julai 2022 untuk melibatkan dan menggalakkan komuniti gereja agar menyahut kepada keperluan golongan miskin dalam kalangan mereka. Sambutan daripada anggota gereja ternyata amat menyenangkan sekali.

Buat masa sekarang, sebanyak 27 keluarga FIN disokong oleh SSVP, Miri dengan sumbangan wang bagi penjagaan perubatan, belanja sara hidup dan malah bantuan untuk memperbaiki kediaman yang usang.

“Jika kamu tidak dapat memberikan makanan kepada seratus orang, maka berikanlah makanan kepada seorang sahaja.” – Santa Ibu Teresa

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Society of St Vincent de Paul’s Food Pantry Programme

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.