Oleh Paul Wong
KUCHING — Komisi Kehidupan Keluarga Kristian menganjurkan seminar dipanggil Enjoying Your Golden Years di Auditorium Mater Domini pada 4–5 November lepas, yang dihadiri 120 peserta. Seminar itu bermula dengan Misa pembukaan yang dirayakan oleh Uskup Agung Simon Poh.
Topik-topik ceramah disediakan khusus bagi warga emas dan pesara dari Keuskupan Agung Kuching. John Ooi bersama isterinya, Joanne, dari Singapura adalah penceramah-penceramah utama.
Mesej teras lebih menyentuh tentang fasa persaraan, mendepani ketakutan dan kematian pada waktu kita menua, menangani kesepian dan kemurungan, menjalani kehidupan yang gembira dan bermakna, dan memilik pola pemikiran positif yang disampaikan dengan cara yang sangat mudah dan realistik, dengan menggunakan asas-asas kepercayaan Katolik.
Kesaksian peserta
“Bengkel yang penuh pemahaman dan menggalakkan ini menyedarkan kami bahawa zaman emas kami ada makna tersirat—peluang baharu, maruah dan keistimewaan. Ia mengunjurkan kepada kami cara-cara baru untuk memikirkan tentang usia tua, supaya zaman emas kami dapat menjadi tahun-tahun terbaik dalam hidup kami. Semua video ternyata relevan dan jelas meningkatkan pemahaman kami tentang topik-topik. Latihan mendorong peserta untuk berfikir dengan lebih mendalam. Perkongsian mengenai pengalaman hidup paling meneguhkan kepercayaan dan menyeronokkan, dengan banyak gelak ketawa.” – Gilbert Sim dan Annette Loh
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Senior citizens and retirees attend “Enjoying your Golden Years” Seminar