Hadiah terbaik bagi anak yang menerima Komuni Pertama

(Gambar: Marko Vombergar-ALETEIA)

Oleh Philip Kosloski

Seorang anak yang menerima hadiah ini pada Komuni Pertama mereka diharap akan menghargainya selama-lamanya.

Apakah hadiah terbaik yang boleh diterima seorang anak pada Komuni Pertama mereka?

Adakah ia alat permainan baharu, Al-Kitab baharu yang berkilat atau kalung istimewa?

Hadiah terbaik yang boleh diterima oleh seorang anak pada Komuni Pertama mereka adalah Yesus sendiri!

Ini mungkin kelihatan seperti “mengecewakan” bagi segelintir orang, tetapi sebenarnya kita dapat menghargai hadiah ini sampai akhir hayat kita dan malah selama-lamanya.

Ketika mengimbau Komuni Pertama beliau, Pope Benedict XVI menjelaskan apa yang beliau rasa pada hari itu:

“Namun di tengah-tengah memoriku yang indah dan penuh sukacita adalah ini… aku faham bahawa Yesus telah memasuki hatiku, Dia benar-benar telah melawat aku. “Dan bersama Yesus, Allah Taala sendiri ada bersama-Nya. Dan aku menyedari bahawa ini adalah hadiah kasih yang benar-benar lebih bernilai daripada semua perkara lain yang dapat diberikan oleh kehidupan.”

St John Paul II menceritakan tentang Komuni Pertama St Thérèse Lisieux ketika paus itu bertemu dengan kanak-kanak pada tahun 1979: 

St Thérèse Yesus Bayi, yang mengimbau tentang hari Komuni Pertama beliau, menulis: “Oh, betapa manisnya ciuman pertama yang Yesus berikan kepada jiwaku! … Ia adalah ciuman kasih, aku rasa dikasihi dan aku pula berkata: ‘Aku mengasihi-Mu, aku menyerahkan diri kepada-Mu selama-lamanya’ … Thérèse lenyap seperti setitis air yang hilang dalam lautan. Di sana tinggal hanya Yesus: si guru, si Raja.”

Dan beliau mula menangis dengan sukacita dan penghiburan, yang menakjubkan teman-teman beliau.

Malangnya, anak-anak kita tidak selalunya mempunyai reaksi yang sama kepada hadiah sedemikian.

Sama seperti semua rahmat, ia bergantung kepada sebaik mana si anak itu didedahkan kepada menerima Yesus dan sama ada mereka tahu siapa yang mereka terima.

Namun itu tidak harus menghalang kita daripada usaha untuk menunjukkan kepada anak-anak kita betapa indahnya hadiah yang mereka akan terima, dan mengingatkan diri tentang hadiah yang kita terima setiap Ahad. 

Aleteia (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: This is the best gift on a child’s First Communion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.