Ribuan sanjung Bonda Perawan Fatima

Semua gambar: Sibu SOCCOM

Oleh Sibu SOCCOM

SIBU (13 Oktober) — Lebih 2,000 umat berhimpun di Katedral Sacred Heart di sini untuk memberi penghormat dan berdoa kepada Bonda Perawan Fatima pada petang 13 Oktober lepas yang indah dan penuh keberkatan.

Misa jam 7.30 malam itu dirayakan oleh Rektor Fr Philip Hu bersama Uskup Emeritus Dominic Su dan Fr Edward Raymond.

Dalam homili beliau, Fr Philip mengimbau sejarah penampakan Bonda Kita di Fatima kepada tiga budak petani miskin, Lucio, Jacinta dan Francisco sebanyak enam kali dalam tempoh antara 13 Mei hingga 13 Oktober pada tahun 1917 di Portugal.

Juga dikenali sebagai Bonda Perawan Rosari, penampakan Maria telah menarik ramai umat dari seluruh dunia.

Di Katedral Sacred Heart, terdapat Kuria Inggeris dan Kuria Cina dengan banyak presidium.

Fr Philip mengucapkan terima kasih kepada semua umat yang telah datang dari banyak kawasan di Sibu untuk sama-sama merayatkan Misa dan mengambil bahagian dalam perarakan bagi memberi penghormatan kepada Bonda Maria. Beliau berterimakasih kepada Kuria Cina di bawah kepimpinan Phillip Kong yang telah membuat persiapan bagi perayaan dan perarakan pada malam itu.

Beliau mengingatkan mereka yang hadir bahawa grotto dan patung Bonda Perawan Fatima serta laluannya sedang dibina di Katedral Sacred Heart dengan anggaran kos RM2 juta.

Ia diharap dapat dilancarkan secara rasmi pada hari ulang tahun kelahiran Bonda Kita pada tahun 2024. Semua digalak memainkan peranan masing-masing untuk menyiapkan grotto yang cantik itu sebagai penghormatan kepada Bonda Perawan Fatima.

Selepas Misa, perarakan Bonda Perawan Fatima bermula dari pekarangan katedral.

Ramai dilihat berdoa sambil membawa lilin dan bunga mawar selepas perarakan di patung Bonda Kita.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Thousands gather at Sacred Heart Cathedral to honour Our Lady of Fatima

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.