Hari Raya St Teresa Avila: Pertemuan dengan biarawati Carmelite Kuching

BERPOTENSI… Gadis-gadis SMK St Teresa melakukan lawatan ke Biara Carmelite pada 15 Oktober 2023.

Oleh Adrianna Chan

KUCHING — Seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah St Teresa dan 19 gadis berbesar hati dan rasa diberkati selepas dijemput untuk berjumpa dengan golongan biarawati di bilik tamu pelawat Biara Carmelite dari jam 3.30 hingga 5.00 petang pada 15 Oktober lepas di Chapel Carmelite.

Gadis-gadis tersebut diberi pencerahan tentang kehidupan St Teresa Avila, iaitu penaung sekolah mereka dan pengasas perkumpulan Carmelite Sisters

Sepanjang sesi perjumpaan itu, para biarawati terbabit berkongsi tentang asal usul perkumpulan Carmelite, matlamat Carmel, doa, kehidupan komuniti, kereja dan rutin harian mereka.

Mereka juga berkongsi tentang bagaimana mereka dipanggil untuk menjadi biarawati Carmelite yang sangat meransangkan bagi para pelajar berkenaan.

Pengalaman mereka sebagai biarawati Carmelite telah merangsang para pelajar tersebut untuk lebih percaya kepada rancangan Tuhan ketika membuat keputusan.

Uskup Agung Simon Poh turut datang untuk melakukan lawatan singkat dan memberi kata-kata galakan dan inspirasi sereta pemberkatan kepada semua yang hadir.

Pertemuan itu berakhir dengan doa Vesper selama 30 minit di mana pelajar menyertai para biarawati untuk berdoa dan bernyanyi di Chapel Carmelite.

Para pelajar tersentuh dengan kebaikan dan keramahan para biarawati yang menyabut mereka dengan hati dan tangan yang terbuka luas.

Bagi pihak Sekolah Menengah St Teresa, Adrianna Chan mengucapkan terima kasih kepada pihak biarawati Carmelite kerana memberi peluang untuk bertemu dengan mereka.

Mereka berjanji untuk berdoa bagi kesejahteraan perkumpulan itu sama seperti mereka berdoa untuk kita.

Semoga Tuhan selalu memberkati para biarawati Carmelite. Amen.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Solemnity of St Teresa of Avila: Meeting the Carmelite Nuns of Kuching

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.